If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Pembayaran gaji dan statutori melalui AmBank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal Ambank, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal Ambank. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih Ambank Berhad

  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Account Holder's Name dan Account Number.


Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih  Employee > Personal Info

  2. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  3. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  4. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details

 

 

Tarikh Pengkreditan (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam sistem. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu. 

 

2. Tetapan di portal AmBank


PayrollPanda menghasilkan fail bank gaji dan statutori bagi AmAccess Biz dan e-AmPayDay. Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk setiap jenis akaun.

AmAccess Biz 

Untuk membuat pembayaran gaji dan statutori, anda memerlukan akses kepada tab Payroll dalam akaun AmAccess Biz anda. Anda hendaklah melengkapkan Borang Service Request dan menyerahkannya kepada cawangan anda sekiranya anda ingin mempunyai akses kepada tab Payroll.

Fail yang dihasilkan oleh PayrollPanda untuk AmAccess Biz terdiri daripada 1 fail excel dengan tab yang berbeza untuk bayaran gaji dan bayaran statutori secara individu. 

Terdapat dua jenis fungsi yang boleh anda pilih daripada tab Payroll:

 Pendaftaran Badan Statutori: bagi pengguna kali pertama, fail yang dihasilkan oleh PayrollPanda perlu dimuat naik sebagai fail ujian untuk pendaftaran terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan KWSP dan SOCSO sebelum anda boleh membuat pembayaran caruman yang sebenar.

 Membuat Payroll: sila gunakan fungsi ini untuk membuat pembayaran gaji serta pembayaran statutori setelah anda mendapat kelulusan daripada KWSP dan SOCSO. Anda boleh memuat naik fail excel yang dihasilkan oleh PayrollPanda untuk membuat pembayaran.

Sila tonton video ini untuk panduan langkah-demi-langkah:


e-AmPayDay 

  1. Untuk fail payroll, sila tekan Upload > Salary dan muat naik fail untuk memproses pembayaran.

 


2. Untuk fail statutori, sila tekan Upload > EPF / SOCSO / IRB (LHDN) untuk memuat naik fail pembayaran.


3. Setelah fail pembayaran telah berjaya dimuat naik, anda akan dapat melihat diruangan Upload Status bertukar kepada “Uploaded”.

Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang. 

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support