If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Cara membayar bonus sebelum pembayaran gaji

Sila ambil perhatian bahawa bonus hendaklah dimasukkan ke dalam payroll bersama dengan gaji untuk pengiraan caruman statutori yang tepat. Caruman tidak dapat dikira dengan betul sekiranya anda hanya memasukkan jumlah bonus sahaja. Kesemua bayaran mesti dimasukkan dalam payroll bulanan kerana caruman statutori mestilah dibayar sebagai sebahagian daripada bulan tersebut.


Ini adalah langkah-langkah yang perlu diikut bagi mendapatkan jumlah bonus bersih untuk membuat bayaran bonus sebelum pembayaran gaji:

1. Majukan payroll dari Step 1 ke Step 2 dengan gaji pokok sahaja (termasuk sebarang elaun bulanan) dan catatkan jumlah Net Pay (Net Pay 1) untuk setiap pekerja untuk rujukan anda.

2. Alihkan kembali payroll anda ke Step 1 dan tambahkan 2 jenis item untuk setiap pekerja dengan menekan butang '+Additional Payroll Item’: Bonus dan Net Salary Deduction. Untuk Bonus, anda perlu masukkan jumlah kasar Bonus, manakala untuk Net Salary Deduction, sila masukkan jumlah Net Pay 1 yang telah anda catatkan di langkah pertama tadi.

3. Majukan semula payroll anda ke Step 2 dan jumlah bersih yang dipaparkan di bahagian Net Pay adalah jumlah Bonus bersih yang perlu dibayar kepada pekerja anda.


Pada tahap ini, anda mempunyai dua pilihan sama anda boleh membiarkan payroll tersebut di Step 2 dan membayar jumlah bonus bersih kepada pekerja secara pemindahan bank secara manual, ATAU anda boleh meneruskan untuk submit payroll tersebut untuk mendapatkan fail bank bagi pembayaran bonus secara pukal. Sekiranya anda submit payroll, sila hubungi kami apabila anda ingin memproses payroll untuk penggiraan gaji supaya kami boleh membuka semula payroll anda. 

Apabila tiba masanya untuk anda membayar gaji, anda boleh menggantikan jumlah Net Pay 1 yang dimasukkan dalam preset item Net Salary Deduction dengan jumlah bonus bersih yang telah dibayar. Kemudian, di Step 2 anda boleh melihat jumlah gaji yang masih perlu dibayar kepada pekerja di ruangan Net Pay. Caruman yang ditunjukkan adalah jumlah caruman yang perlu dibayar atas gaji dan bonus. Pembayaran caruman boleh dibuat sekaligus selepas gaji dibayar. 


Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support