If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara menambah Kerja Lebih Masa Khas (Custom Overtime Payroll)?

Kami telah menyediakan item kerja lebih masa yang kebiasaannya digunakan (untuk maklumat lanjut, sila lihat Bagaimanakah cara untuk menambah item pembayaran kerja lebih masa). Sekiranya anda ingin menambah kerja lebih masa khas atau penggandaan yang lain, sila ikuti langkah-langkah di bawah.


1. Pergi ke Settings > Payroll items > Add Custom Overtime


2. Pilih Nama dan Tetapan

Anda boleh namakan Item Custom Overtime Payroll anda sendiri dan simpan dalam senarai kerja lebih masa. Kemudian laraskan kadar lebih masa (penggandaan untuk kadar setiap jam). Sila pilih sumbangan berkanun sewajarnya juga. Kerja lebih masa tertakluk kepada PCB dan SOCSO/EIS, tetapi dikecualikan daripada KWSP.

3. Sebaik sahaja tetapan anda disimpan, anda boleh menambah Item Custom Overtime Payroll kep profil pekerja. Sekiranya ia tidak dibayar setiap bulan, anda boleh masukkan ia di Step 1 Run Payroll apabila memproses gaji. Sekiranya mereka menerima pembayaran ini setiap bulan, sila masukkan ia sebagai item gaji berulang di bawah profil pekerja dengan pergi ke Employees > pilih pekerja > Employment Details > + Monthly Recurring Payroll Item. Biarkan kotak jam ditetapkan kepada 0 dan kemudian anda boleh memasukkan jumlah jam dengan sewajarnya pada Step 1 apabila menjalankan payroll bulanan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Bilakah saya perlu memilih item penggajian tertentu sebagai item penggajian berulang?


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.11

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support