Apakah perbezaan antara jenis-jenis polisi cuti?

Kami mempunyai empat jenis polisi cuti yang sedia ada dalam aplikasi kami. Untuk membuat perubahan pada polisi cuti, anda boleh melakukannya di bawah tetapan cuti.

Settings > Leave Settings > Policy

1. Earned all at once (Renews at the beginning of the year)

Pekerja akan memperoleh semua cuti tahunan berdasarkan tarikh mula bekerja. Sebagai contoh, jika kelayakan cuti tahunan adalah 12 hari, dan pekerja itu mula bekerja pada 1 Julai, maka dia layak mendapat cuti tahunan selama 6 hari.
Cuti tahunan tersebut akan diperbaharui semula pada awal tahun berikutnya.


2. Earned all at once (Renews on employee’s join date)

Tetapan ini adalah sama dengan jenis pertama kecuali cuti tahunan diperbaharui pada tarikh mula berkerja, iaitu pada ulang tahun mereka bekerja.


3. Earned throughout the year (Renews at the beginning of the year)

Pekerja akan menerima jumlah cuti selari dengan tempoh bekerja mereka. Contohnya, jika kelayakan cuti tahunan adalah 12 hari, pekerja berhak mendapat cuti tahunan 1 hari setiap bulan. Kelayakan cuti mereka akan berkumpul pada bulan-bulan berikutnya, jadi jika pekerja bermula pada 1 Januari dan tidak mengambil cuti selepas 4 bulan bekerja, cuti terkumpul ialah 4 hari menjelang akhir bulan April. Cuti tahunan akan diperbaharui pada awal tahun.


4. Earned throughout the year (Renews on employee’s join date)

Polisi kelayakan cuti ini sama dengan jenis ketiga. Perbezaannya adalah cuti tahunan akan diperbaharui pada tarikh ulang tahun mula bekerja dan bukannya pada awal tahun.



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.0

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support