If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar borang E?

Setiap majikan, dan juga setiap syarikat tidak kira sama ada mereka mempunyai pekerja atau tidak, hendaklah mengemukakan borang E kepada LHDN. Jika anda gagal berbuat demikian akan menyebabkan LHDN mengambil tindakan terhadap pengarah syarikat. Majikan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Borang E mesti diserahkan selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya, dengan tambahan tempoh tangguh 1-bulan untuk pemfailan dalam talian.

Bagi syarikat, penyerahan borang E hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Bagi bukan-syarikat, anda mempunyai pilihan untuk menghantar melalui pos atau penghantaran fizikal, sebagai tambahan kepada e-filing.


Bagaimana untuk menyerahkan Borang E melalui e-filing?

Langkah 1: Hasilkan fail txt Borang E dan CP8D melalui sistem PayrollPanda

Daftar masuk ke dalam sistem PayrollPanda, pergi ke Yearly Forms > pilih Form E > tekan butang Generate Form > muat turun fail txt CP8D dan borang E berformat pdf. Sila pastikan anda membuat semakan terhadap borang tersebut kerana adalah tanggungjawab majikan untuk memberikan maklumat yang tepat kepada badan statutori. Sekiranya anda memfailkan borang E dalam talian, fail pdf adalah untuk maklumat anda sahaja bagi membantu anda mengisi butiran dalam borang dalam talian. Manakala, fail txt CP8D perlu dimuat naik semasa pemfailan dalam talian bagi borang E dijalankan. 


Langkah 2: Mengemukakan Borang E kepada LHDN melalui e-filing

Log masuk ke MyTax dan kemudian klik pada Perkhidmatan ezHasil (di bahagian atas sebelah kiri) > e-Filing > e-Borang dan anda akan menemukan e-E di bahagian bawah halaman. Borang E 2022 akan tersedia mulai 1 Mac. Sila maklum bahawa laman web ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Anda boleh memilih bahasa dengan pergi ke bahagian atas sebelah kiri dan pilih bahasa yang anda inginkan. Anda boleh memilih bahasa yang anda inginkan di bahagian atas sebelah kiri. Nombor Pengenalan yang digunakan untuk log masuk ialah nombor IC atau pasport yang anda masukkan dalam borang permohonan semasa mendaftar sebagai Majikan bersama LHDN. 

Video berdurasi 2 minit ini mempertontonkan proses memfailkan borang E secara dalam talian.

 


Jika anda memilih untuk menghantar e-mel CP8D kepada LHDN semasa e-filing borang E anda dan bukannya dengan memuat naik fail txt, anda patut muat turun CP8D berformat excel daripada sistem PayrollPanda dan emelkan ia ke CP8D@hasil.gov.my.


Hadapi kesukaran dalam memproses payroll? Kami sedia membantu. Tempah demo bersama kami sekarang.

Was this article helpful?

Download The Free Guide