If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya majikan terlebih atau terkurang membayar caruman SOCSO/SIP?

Terlebih Bayar

SOCSO

Anda boleh menuntut bayaran balik melalui Assist Portal sekiranya anda terlebih bayar caruman SOCSO. 


Sila daftar masuk ke Assist Portal dan ikuti langkah-langkah ini: 


  • Teruskan ke My Sites (atas kanan).
  • Inspection > Tekan pada ‘BBC’.
  • Masukkan semua butiran pada Refund Application - PKS(K)50.
  • Tekan ‘Save & Continue’.
  • Muat naik dokumen (sijil pendaftaran perniagaan dan salinan KP pekerja).
  • Tekan ‘Save & Continue’.
  • Sila membuat semakan dan tekan ‘Submit’.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Panduan Penggunaan Assist Portal di bahagian prosedur tuntuntan SOCSO BBC (halaman 256 hingga 261). 

SIP

Anda perlu melengkapkan Lampiran A (Borang Senarai Semak) dan Lampiran B (PKS(K)50 SIP serta PKS(K)50A SIP) bersama-sama dokumen lain yang berkaitan dan menyerahkannya ke kaunter PERKESO terdekat untuk menuntut bayaran balik. Anda boleh mendapatkan ketiga-tiga borang tersebut daripada PERKESO.


Terkurang Bayar

SOCSO

Anda boleh membuat bayaran tunggakan/kekurangan melalui Assist Portal jika anda terkurang membayar caruman SOCSO anda.


Sila daftar masuk ke Assist Portal dan ikuti langkah-langkah ini: 


  • Teruskan ke My Sites (atas kanan) > SOCSO Contribution.
  • Pilih Add Contribution (Portal) di bawah Employer Contribution.
  • Tekan pada ‘Arrears Contribution’.
  • Pilih Bulan Caruman dan tekan ‘Short Payment’.
  • Tekan di bawah kolum Action untuk ubah/kemaskini gaji pekerja anda dan portal tersebut akan mengira caruman secara automatik.
  • Ulangi proses yang sama jika ada terkurang bayar bagi bulan caruman yang lain.
  • Tekan Complete > Submit > Confirm untuk melengkapkan proses penyerahan. 


Saluran Pembayaran (Kutipan)

  • Tekan pada ‘Print ACR’ jika pembayaran dibuat di kaunter bank melalui tunai atau cek (Maybank/ RHB Bank/ Public Bank).
  • Tekan pada ‘Process to Payment’ untuk pembayaran dalam talian (cth; FPX).


Sila maklum Acknowledgement Contribution Received (ACR) boleh mengandungi lebih daripada satu bulan sumbangan. Sebagai contoh, jika anda kurang bayar caruman dari 9/2020 hingga 12/2020, kesemua empat bulan caruman tersebut perlu ditambah untuk melengkapkan proses penyerahan sebelum meneruskan ke peringkat pembayaran. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Panduan Penggunaan Assist Portal di bahagian Short Payment Contribution (halaman 166). 

SIP

Anda boleh membuat bayaran tunggakan/kekurangan melalui Assist Portal jika anda terkurang membayar caruman SIP anda.


Sila daftar masuk ke Assist Portal dan ikuti langkah-langkah ini: 


  • Teruskan ke My Sites (atas kanan) > EIS Contribution.
  • Pilih Add Contribution (Data Entry) di bawah Employer Contribution.
  • Tekan pada ‘Arrears or Short Contribution’.
  • Pilih Bulan Caruman dan tekan ‘Select’.
  • Tekan di bawah kolum Action untuk ubah/kemaskini gaji pekerja anda dan portal tersebut akan mengira caruman secara automatik.
  • Tekan Complete > Submit > Confirm untuk melengkapkan proses penyerahan. 


Saluran Pembayaran (Kutipan)

  • Tekan pada ‘Print ECR’ jika pembayaran dibuat di kaunter bank melalui tunai atau cek (Maybank/ RHB Bank/ Public Bank).
  • Tekan pada ‘Process to Payment’ untuk pembayaran dalam talian (cth; FPX).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Panduan Penggunaan Assist Portal di bahagian Arrears/Short Contribution Submission (halaman 198). 

Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!

Was this article helpful?

Download The Free Guide