Perbankan Internet
PayrollPanda menghasilkan fail batch payment untuk beberapa buah bank dimana anda boleh membuat penyerahan dengan memuat naik fail dan membayar caruman dengan mudah kepada badan-badan statutori. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk: Bagaimanakah cara menjana fail penggajian untuk bank?
Jika anda membuat penyerahan dan membayar caruman SOCSO anda melalui portal bank, anda tidak perlu lagi untuk membuat penyerahan melalui Portal ASSIST. Caruman anda akan dikemaskini secara automatik dalam Portal ASSIST anda.
Portal ASSIST Perkeso
Portal ASSIST Perkeso adalah portal yang membolehkan majikan menguruskan maklumat syarikat, maklumat caruman bulanan pekerja untuk Perkeso dan EIS. Untuk maklumat lanjut, sila lihat artikel ini.
PayrollPanda menhasilkan fail teks SOCSO untuk penyerahan dalam talian melalui Portal ASSIST.
1. Sila log masuk, klik pada My Sites dan pilih SOCSO Contribution
2. Klik pada Employer Contribution > Text File seperti gambar di bawah.
3. Klik Choose File dan muat naik fail SOCSO_Assist_Portal.txt yang telah dihasilkan oleh PayrollPanda.
4. Klik butang Submit dan Confirm penyerahan tersebut.
5. Anda boleh klik butang PROCESS TO PAYMENT yang mana anda boleh membuat bayaran melalui pembayaran FPX.
PayrollPanda juga menghasilkan fail teks gabungan SOCSO + EIS yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak Julai 2022. Fail tersebut boleh didapati dalam fail zip payroll yang telah anda muat turun selepas submit payroll anda, dan ia dinamakan mengikut format: SOCSO_EIS_082022.txt. Fail tersebut boleh untuk dimuat naik di Portal Assist bawah Contribution > SOCSO + EIS bukannya memuat naik fail teks SOCSO dan EIS secara berasingan.