Bagaimanakah cara untuk saya membayar PCB?

Pembayaran PCB hendaklah dibuat dengan penyerahan Borang CP39 (penyata potongan cukai bulanan).

Sila ambil perhatian bahawa Majikan perlu menyerahkan Borang CP39 secara dalam talian kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkuat kuasa 1 Sept 2019.

Ini adalah kaedah-kaedah yang tersedia untuk penyerahan tersebut:

1. Perbankan Internet 

Beberapa bank menawarkan servis pembayaran secara pukal. Anda boleh menggunakan fail bank PCB yang dihasilkan oleh PayrollPanda dan muat naiknya ke portal bank anda untuk membuat bayaran. Fail yang telah dimuat naik akan memaklumkan pecahan caruman individu pekerja kepada LHDN.

Ini adalah senarai bank yang disokong oleh PayrollPanda:


2. Fasiliti Atas Talian LHDN

Menggunakan portal atas talian LHDN e-PCB, e-Data PCB atau e-CP39:

  • e-CP39 - Untuk penyerahan manual potongan cukai bulanan bagi pengguna yang tidak berdaftar dan untuk penyerahan sekali sahaja.
  • e-PCB - Untuk penyerahan manual potongan cukai bulanan bagi pengguna yang berdaftar. Sebaik sahaja majikan mendaftar di laman web, mereka perlu memasukkan semua maklumat pekerja secara manual. Semua data yang dimasukkan akan disimpan secara automatik untuk penyerahan seterusnya. Data pekerja baharu perlu dilaraskan secara manual.
  • e-Data PCB - Untuk penyerahan automatik potongan cukai bulanan bagi pengguna yang berdaftar. Setelah pengguna mendaftar dalam portal, majikan hanya boleh memuat naik fail PCB yang dihasilkan oleh PayrollPanda tanpa sebarang pelarasan data secara manual.


Pembayaran boleh dibuat seperti berikut:

1. Pembayaran dalam talian melalui portal FPX sekiranya anda mempunyai akaun bersama salah satu bank berikut:

  • AmBank 
  • Bank Islam 
  • CIMB Bank 
  • Hong Leong Bank 
  • Maybank2e/Maybank2U 
  • Public Bank 
  • RHB Bank

2. Kiosk Cek Deposit

  • Pembayaran melalui cek deposit yang tersedia di kiosk bank CIMB.

3. POS Malaysia

  • Anda boleh membuat bayaran secara tunai di kaunter-kaunter POS Malaysia.


Was this article helpful?

Download The Free Guide