Have a Question?

If you have any question you can ask below or enter what you are looking for!
If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Pembayaran gaji dan statutori melalui Public Bank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank Public Bank, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal Public Bank. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account

  3. Kemudian pilih Public Bank Berhad/ Public Finance Berhad

  4. Sila pilih Account Type, sama ada PB ECP Service atau PB Enterprise

  5. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Organization Code, Account Holder's Name, Account Number dan Payment/Transaction Type.

 

Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih  Employment Details > Employee ID

  2. Masukkan Employee ID

  3. Kemudian sila pergi ke Personal Info

  4. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  5. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  6. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details



Nota: jika pekerja anda tidak mempunyai Employee ID, sila masukkan nombor Employee ID mereka 01,02, dan seterusnya. 

Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam sistem. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.

 

2. Tetapan di dalam portal bank Public Bank

Public Bank mempunyai dua jenis platform yang memerlukan tetapan yang berlainan. 

  1. PB ECP Service (www.pbebank.com), maklumat berikut diperlukan untuk platform ini: 

  • Payment/Transaction Type: Pilih sama ada IBG, Rentas atau Bankers Cheque/Demand Draft (BC/DD) sebagai jenis pembayaran. 

  • Organization code: Tiga karakter singkatan alfanumerik (XXX) yang disediakan oleh pihak bank. Pelanggan Autopay sedia ada boleh menggunakan kod yang sama.


  1. PB Enterprise (www.pbenterprise.com), maklumat berikut diperlukan untuk platform ini: 

  • Muat turun fail payroll daripada Payroll History.

  • Log masuk ke PB Enterprise.

  • Sila pergi ke File Upload > ECP Payroll ECP Payroll untuk muat naik payroll fail [20digits].TXT yang telah dijana. 

  • Untuk pembayaran statutori, sila pergi ke File Upload > Statutory Payment > Select the respective Statutory Body > Submit Contribution > Upload respective file. 


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk video tutorial PB Enterprise dibawah:


Muat naik fail KWSP dan PERKESO untuk kali pertama bagi kedua-dua PBe dan PB Enterprise:

  • Pengguna fail bank kami untuk kali pertama, anda dikehendaki mengemukakan Test Fail untuk pengesahan dan kelulusan KWSP dan PERKESO. 

  • Terdapat fail yang berlainan untuk test fail KWSP. Manakala, anda perlu memuat naik fail caruman SOCSO yang asli untuk PERKESO.

  • Surat kelulusan daripada KWSP/PERKESO akan dihantar ke alamat surat-menyurat anda dalam tempoh 14 hari.

  • Setelah menerima surat kelulusan tersebut, anda boleh memuat naik fail caruman KWSP dan SOCSO melalui portal bank anda.

Was this article helpful?

Download The Free Guide

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support