Pembayaran melalui Hong Leong bank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank Hong Leong, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal bank Hong Leong. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih Hong Leong Bank Berhad

  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Account Holder's Name, Account Number dan Payment/Transaction Type. 

Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih  Employee > Personal Info

  2. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  3. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  4. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details


NOTA: Anda boleh memuat turun fail-fail bank di halaman Payroll History setelah menjalankan payroll anda. Untuk pengguna Connect Biz, sila buka setiap fail “BatchPayments-....xlsx" dan tekan Save. Fail-fail tersebut hanya boleh dimuat naik setelah ia dibuka dan disimpan. 


2. Tetapan di dalam portal bank Hong Leong

Hong Leong Bank mempunyai dua jenis akaun – ConnectBiz dan ConnectFirst. Di bawah adalah panduan langkah-langkahnya.

Untuk penyerahan kali pertama fail pembayaran KWSP dan SOCSO 

Pengguna kali pertama adalah dikehendaki mendaftar nombor PERKESO & KWSP dengan HLB, dan memuat naik fail PERKESO dan KWSP untuk mendapatkan kelulusan. Setelah kelulusan diterima, anda boleh memuat naik fail caruman untuk membuat pembayaran.


Sila dapatkan langkah-langkah di bawah:

  1. Daftar nombor rujukan KWSP & SOCSO dengan menghantar emel maklumat dibawah ke cmp@hlbb.hongleong.com.my:

    • Nombor akaun syarikat 

    • Nama Syarikat 

    • ID Syarikat - ia disediakan oleh pihak bank setelah berjaya mendaftar

    • Nombor pendaftaran KWSP majikan 

    • Nombor pendaftaran SOCSO majikan

  2. Payment/Transaction Type: Pilih Rentas atau IBG. Sila maklum bahawa Rentas adalah untuk pembayaran yang bernilai sekurang-kurangnya RM10,000.

  3. Untuk pengguna Connect Biz, sila teruskan dengan langkah ini: Payment Maker > Payment Services > SOCSO > Payment details > Masukkan maklumat yang diperlukan > Submission type > Registration Test  > tekan Choose file.

4. Untuk pengguna Connect First, sila teruskan dengan langkah ini: Payments > Initiate > Bulk Payments > Muat naik fail dan teruskan ke: Payments > File Uploads > Payroll Upload > File Verification > pilih fail & tekan Accept.

 

Setelah anda memuat naik fail pembayaran, anda diminta untuk After you have uploaded the file, anda diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada Authoriser pembayaran. Surat pengesahan daripada KWSP/SOCSO akan diterima dalam tempoh masa 14 hari bekerja. 

Setelah menerima surat pengesahan, anda boleh memuat naik fail sebenar pembayaran. Fail EIS boleh dimuat naik selepas pengesahan fail Test PERKESO berjaya. 


Untuk tutorial panduan oleh Hong Leong Bank, sila rujuk dibawah:

  • Pengguna Connect Biz sila klik di sini.

  • Pengguna Connect First sila klik di sini.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support