If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Pembayaran gaji dan statutori melalui CIMB Bank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank CIMB, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal bank CIMB. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih CIMB Bank Berhad

  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Organization Code, Account Holder's Name, Account Number dan Payment/Transaction Type. 


Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih  Employment Details > Employee ID

  2. Masukkan Employee ID

  3. Kemudian sila pergi ke Personal Info

  4. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  5. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  6. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details


Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam sistem. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.

 

2. Tetapan di dalam portal bank CIMB

Berikut adalah garis panduan untuk memuat naik fail ke BizChannel CIMB 

  1. Bulk Pay

  2. Statutory Body Files  

CIMB BizChannel mempunyai dua pakej iaitu Standard dan BizLite:

  • CIMB Standard: Maklumat berikut diperlukan:

    • Organization code: Disediakan oleh pihak bank. Pelanggan Autopay sedia ada boleh menggunakan kod yang sama.

    • Account Holder’s Name 

    • Account Number

Setelah anda memasukkan semua maklumat yang diperlukan, sila tekan butang Save.

  • CIMB BizLite: Tiada pilihan untuk memuat naik fail gaji dan semua maklumat benefisiari perlu dimasukkan terus ke dalam sistem Bizlite ketika transaksi dilakukan. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan BizLite di bawah:

  1. Payroll and Statutory Payments
  2. PERKESO EIS via Payroll Payment


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support