Pembayaran melalui Alliance Bank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank Alliance, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal bank Alliance. Sila ikuti langkah-langkah berikut: 

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih Alliance Bank

  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Account Holder's Name and Account Number.

Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih Employee > Personal Info

  2. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  3. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  4. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details



2. Tetapan di dalam portal bank Alliance


    1. Pendaftaran Statutori


Bagi pertama kali memuat naik fail statutori kami, sila pastikan anda telah berdaftar bersama badan-badan statutori. Harap maklum bahawa jangka masa untuk proses pengesahan pendaftaran KWSP dan SOCSO mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hari bekerja. Anda akan menerima maklumat pengesahan melalui notis yang dihantar oleh KWSP / PERKESO dan mesej yang dihantar melalui BizSmart.

Untuk pendaftaran LHDN, anda tidak perlu memuat naik sebarang fail penyerahan, anda hanya perlu memasukkan nombor pendaftaran cukai majikan sahaja untuk mendaftar.


1.1 Log masuk sebagai maker role


Sila tekan pada Corporate Payment Services > Statutory Payment > KWSP/SOCSO.

1.2 Masukkan maklumat untuk setiap medan wajib


1. From Account

2. Submission Type - pilih Registration

3. Payment Date – pilih today

4. File Batch Ref No

5. File Upload – muat naik EPF/SOCSO fail text

6. Tekan butang Confirm.



1.3 Halaman Pratonton 

Sila tekan pada File Batch Ref No untuk melihat maklumat pembayaran. Anda boleh membuat semakan dan pengesahan sebelum tekan butang Submit.

1.4 Rujukan - Pendaftaran


Untuk memuat turun resit, sila tekan butang Download PDF.


1.5. Pendaftaran LHDN


Anda perlu masukkan nombor cukai majikan dan tekan butang Confirm untuk mendaftar.

Rujukan: Alliance BizSmart Statutory Payment Registration User Guide V1.0


2. Pembayaran pukal gaji dan statutori


Fail-fail yang perlu dimuat naik di Corporate Payment Services > Payroll:


Batchpayment-Payroll.txt perlu dimuat naik pada Payroll File Upload.

Batchpayment-Zakat.txt perlu dimuat naik pada Zakat Payment File Upload.



Fail-fail yang perlu dimuat naik di Corporate Payment Services > Statutory Payment:


BatchPayment-EPF.txt perlu dimuat naik pada KWSP

BatchPayment-PCB.txt perlu dimuat naik pada LHDN

SCEF_SOCSO20210906 perlu dimuat naik pada SOCSO

SEIS_EIS20210906 tperlu dimuat naik pada SOCSO EIS Contribution




Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support