Bagaimanakah cara untuk saya menambah sumbangan PCB?

Pengiraan PCB aplikasi kami mengikut formula LHDN. Untuk lebih maklumat tentang bagaimana PCB dikira di aplikasi kami, sila baca artikel bantuan ini.

Walau bagaimana pun, jika anda mahu membuat potongan PCB tambahan, anda boleh lakukannya dengan menambah item di Step 1 Run Payroll.

Kami mempunyai 2 item PCB tambahan:

1. Additional PCB (Employment income) 

Item ini perlu digunakan untuk membayar PCB tambahan pada pendapatan penggajian semasa pekerja. PCB tambahan ini akan diambil kira seperti PCB yang dibayar sebelum ini dalam pengiraan PCB untuk bulan-bulan berikutnya untuk sepanjang tahun.

Sila pergi ke Run Payroll > '+ Additional Payroll Item' > Deduction > dan kemudian pilih Additional PCB (Employment Income)



2. Additional PCB (Non-Employment income) 

Item ini perlu digunakan untuk membayar PCB tambahan ke atas pendapatan bukan penggajian pekerja atau pendapatan daripada pekerjaan lain. PCB tambahan ini tidak akan diambil kira seperti PCB yang dibayar sebelum ini dalam pengiraan PCB untuk bulan-bulan berikutnya.

Sila pergi ke Run Payroll > '+ Additional Payroll Item' > Deduction > dan kemudian pilih Additional PCB (Non-Employment Income)



Anda boleh masukkan sebarang amaun yang dikehendaki ke dalam pengiraan PCB yang dilakukan oleh aplikasi kami.



Nota: Penambahan PCB akan diletakkan di atas penolakan PCB asal kerana jumlah baru akan memberi kesan kepada RIngkasan Penggajian. Penambahan tidak akan memberi kesan pada pengiraan PCB pada bulan seterusnya.

NOTA PENTING: Anda tidak boleh mengurangkan sumbangan PCB yang dikira oleh aplikasi pada bulan seterusnya. Oleh itu, anda perlu pasti dengan pilihan penambahan item penggajian ini sebelum menghantar proses penggajian kerana ia akan memberi kesan kepada keseluruhan sumbangan PCB tahun itu.


Artikel Bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 1.6.1 

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support