If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimana cara untuk mengisi Previous Employment Information Form di dalam sistem PayrollPanda?

Untuk mendapatkan pengiraan PCB yang tepat, maklumat gaji dan caruman statutori terdahulu dalam tahun semasa bagi pekerja baru anda sepanjang mereka bekerja dengan majikan lamanya perlu dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda.


Bagaimana untuk mendapatkan maklumat daripada pekerja baru anda?

LHDN menghendaki majikan untuk memastikan pekerja mereka melengkapkan dan menandatangani borang TP3 bagi mendapatkan maklumat gaji terdahulu daripada pekerja baru mereka ketika mereka mula bekerja. Borang TP3 yang telah ditandatangan harus disimpan oleh majikan dan diberikan kepada LHDN apabila diminta semasa pengauditan PCB. Maklumat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam PayrollPanda.

Harap maklum bahawa sekiranya pekerja tersebut tidak pernah bekerja di dalam tahun semasa sebelum ini, mereka masih perlu menandatangani borang TP3 dan membiarkan ianya kosong atau memasukkan '0'.


Bagaimana untuk memasukkan maklumat di PayrollPanda?

Sila ke Employees > Pilih Nama Pekerja > Previous Payslips > Previous Employment Payslip Information Form. 

Isi jadual dengan memasukkan jumlah TP3 pada mana-mana bulan sebelum bulan kemasukkan pekerja tersebut. Anda tidak perlu memasukkan maklumat mengikut pecahan bulanan. Item caruman statutori dan gaji sudah tersedia di dalam jadual tersebut. Sekiranya anda perlu menambahkan item penggajian lain yang terdapat dalam borang TP3 seperti sebahagian item yang dikecualikan cukai atau potongan cukai, anda boleh klik +Add Item.

Sila maklum bahawa C1 dalam borang TP3 harus merangkumi semua pembayaran yang dikenakan cukai sepenuhnya (termasuk mana-mana komisen, kerja lebih waktu, bonus, elaun dan lain-lain) dan jumlahnya boleh dimasukkan di bawah Salary (Basic) dalam jadual. C2 (i) hingga (iv) adalah untuk pembayaran tertentu yang dikecualikan sebahagiannya untuk dimasukkan dalam item gaji yang ditunjukkan di bawah. C2 (v) adalah untuk pengecualian cukai sepenuhnya dan ia tidak perlu dimasukkan ke dalam jadual. Caruman pekerja SOCSO dan SIP adalah di bawah D11 dalam borang TP3. 


Item penggajian mana yang harus dipilih untuk setiap item TP3?

Anda boleh merujuk pada contoh TP3 di bawah untuk mengetahui item penggajian yang boleh digunakan di dalam PayrollPanda untuk setiap item TP3.


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support