Adakah PayrollPanda aplikasi yang percuma, mempunyai tempoh percubaan, berbayar, freemium atau premium?

Sesetengah pengguna keliru dengan harga PayrollPanda dan apa yang percuma untuk digunakan dan apa yang berbayar.

Segala-galanya adalah percuma untuk digunakan kecuali memproses penggajian lebih daripada sekali

Jika anda ingin menganggap PayrollPanda sebagai produk percuma, premium atau freemium, maka PayrollPanda akan dianggap sebagai freemium. Ini bermaksud bahawa aplikasi ini bebas digunakan kecuali bagi ciri-ciri tertentu. Ciri yang tidak percuma untuk digunakan adalah proses penggajian. Jadi, jika anda menjalankan proses penggajian untuk kali kedua, anda akan diberikan invois. Sila ambil perhatian, sebelum invois dikeluarkan, anda akan dimaklumkan terlebih dahulu dan perlu membuat pengesahan.

Jadi, jika proses penggajian anda adalah yang berbayar (atau premium), apakah fungsi lain yang dikatakan percuma? Berikut adalah senarai fungsi aplikasi in yang percuma untuk digunakan:

  • Mengurus pangkalan data pekerja anda

  • Pengurusan cuti - Pekerja boleh memohon cuti dan Majikan boleh menerima/menolak cuti

  • Akses ke maklumat gaji terdahulu anda - ramai pengguna berfikir jika mereka berhenti membayar mereka tidak akan dapat mengakses fail mereka. Perkara ini tidak benar. Kami tidak akan memadam akaun anda melainkan anda meminta kami melakukannya dan dalam erti kata lain, proses penggajian lama anda akan disimpan, disalin sandar, dan boleh diakses pada bila-bila masa. Anda juga boleh memuat turun pada bila-bila masa sama ada anda pelanggan berbayar atau pun tidak

  • Menjana/Melihat borang-borang tahunan - ini biasanya hanya berguna jika anda telah memproses gaji untuk tahun itu tetapi borang-borang tersebut akan sentiasa tersedia untuk anda sama ada anda pelanggan berbayar ataupun tidak

  • Laporan

  • Ciri-ciri lain yang juga merupakan perkhidmatan percuma termasuk Waktu Bekerja dan proses Tuntutan

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support