If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Berapakah kadar kerja lebih masa berdasarkan Akta Kerja?

Peraturan Akta Kerja yang dijelaskan dalam artikel ini hanya terpakai kepada kategori pekerja tertentu seperti pekerja manual atau pekerja yang gaji bulanannya tidak melebihi RM4,000. 

Kadar berbeza dikenakan bergantung pada sama ada kerja dilakukan pada hari kerja biasa, hari rehat atau cuti umum, dan sama ada semasa atau di luar waktu kerja biasa. 

Kami juga menyatakan item gaji lebih masa yang boleh anda gunakan untuk pengiraan kadar setiap jam automatik berdasarkan gaji pekerja. Sila rujuk perenggan Kadar Gaji Sehari di penghujung artikel ini untuk memastikan bahawa asas pengiraan bagi kadar setiap jam yang ditetapkan dalam sistem adalah bersesuaian dengan syarikat anda.


Kerja lebih masa pada hari bekerja biasa

Bagi mana-mana kerja lebih masa yang dilakukan di luar waktu bekerja normal, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada 1.5 kadar gaji sejam mereka.

Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset kerja lebih masa: Overtime (Normal) x 1.5


Kerja lebih masa pada hari cuti rehat

Setiap pekerja dibenarkan bercuti rehat satu hari penuh dalam setiap minggu. Pekerja dibenarkan bercuti rehat lebih daripada satu hari dalam seminggu (bagi pekerja yang bekerja 5 hari seminggu), hari cuti rehat terakhir adalah cuti rehat bagi kerja lebih masa. Jadi, bagi pekerja yang bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat, hari cuti rehat mereka adalah pada hari Ahad.

Pekerja yang dibayar gaji secara harian yang bekerja pada hari cuti rehat pada waktu bekerja normal, kiraan gaji pekerja adalah seperti berikut:

(i) 1 hari gaji jika kerja tidak melebihi separuh masa bekerja normal; atau

(ii) 2 hari gaji jika kerja melebihi separuh hari bekerja tetapi tidak melebihi masa bekerja normal.

Pekerja yang dibayar gaji secara bulanan yang bekerja pada hari cuti rehat pada waktu bekerja normal, kiraan gaji pekerja adalah seperti berikut:

(i) 1/2 hari gaji jika kerja tidak melebihi waktu bekerja normal; atau

(ii) 1 hari gaji jika bekerja lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi waktu bekerja normal.

Di PayrollPanda, anda boleh menambah item kerja lebih masa khas dengan kadar pengganda 1 dan tambah 4 jam untuk gaji setengah hari dan 8 jam untuk hari penuh. Sila baca Bagaimanakah cara menambah Kerja Lebih Masa Khas (Custom Overtime Payroll).


Untuk kerja lebih masa pada hari cuti rehat di luar waktu bekerja normal, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada dua kali kadar kiraan gaji jam pekerja tersebut.


Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset kerja lebih masa: Overtime (Rest-day) x 2


Kerja lebih masa pada cuti umum

Jika pekerja bekerja pada waktu normal pada hari cuti umum, sebagai tambahan bayaran gaji cuti umum yang layak diterima, seseorang pekerja layak mendapat 2 hari gaji pada kadar gaji normal, tidak kira tempoh kerja yang dilakukan pada hari itu adalah kurang daripada waktu kerja biasa.

Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset kerja lebih masa: Overtime (Rest-day) x2 (disebabkan pekerja telah menerima bayaran gaji cuti biasa di dalam gaji bulanan, maka cuma kadar tambahan x2 perlu ditambah). Tambahkan 8 jam untuk menjadikan ia gaji 2 hari.

Bagi mana-mana kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja di luar waktu bekerja normal pada hari cuti umum, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada 3 kali ganda gaji sejam.

Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset kerja lebih masa: Overtime (Public) x3.


Kadar Gaji Sehari

Di bawah Akta Kerja, kiraan kerja lebih masa untuk kadar minimum gaji harian adalah upah* bulanan/26. Akan tetapi majikan boleh memilih kaedah kiraan lain yang lebih memihak kepada pekerja, sebagai contoh, gaji bulanan/22 jika pekerja tersebut bekerja selama 5 hari dalam seminggu. Di dalam sistem, kadar gaji harian dibahagi dengan 8 jam untuk mendapatkan kadar gaji sejam - jika waktu kerja biasa pekerja anda berbeza daripada 8 jam, sila gunakan item payroll Overtime (Wage) dan bukannya item kerja lebih masa automatik kami dan masukkan kadar setiap jam yang sesuai untuk pekerja anda.

Di dalam PayrollPanda, anda boleh anda boleh memilih asas pengiraan kerja lebih masa dengan pergi ke Settings > Payment Settings. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui cara menetapkan tetapan pembayaran yang berbeza. Jika pekerja anda bekerja 6 hari seminggu, harap maklum bahawa terdapat beberapa bulan yang mempunyai 27 hari bekerja. Oleh itu, ia lebih baik untuk memilih Fixed Days - 26 hari sebagai asas pengiraan kerja lebih masa berbanding Working Days in Current Calendar Month bagi mengelakkan membayar gaji kerja lebih masa di bawah kadar minimum. 

*Upah di sini bermaksud:

Upah bererti gaji pokok dan pembayaran-pembayaran lain secara tunai yang perlu dibayar kepada pekerja untuk kerja yang dilakukan mengikut kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk:

(a) nilai mana-mana penginapan rumah atau bekalan makanan, bahan bakar, cahaya atau air atau rawatan perubatan, atau kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;

(b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan untuk akaunnya sendiri ke mana-mana dana pencen, dana simpanan, skim superannuasi, pemberhentian kerja, skim pemberhentian kerja atau persaraan, atau skim lain yang ditubuhkan untuk kepentingan atau kebajikan pekerja;

(c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsensi perjalanan;

(d) apa-apa jumlah yang perlu dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan khas yang diperlukan oleh kerana jenis pekerjaannya;

(e) apa-apa ganjaran yang perlu dibayar semasa pelepasan atau persaraan; atau

(f) apa-apa bonus tahunan atau apa-apa bahagian daripada bonus tahunan.

Perkara berikut juga dikecualikan daripada takrif upah untuk tujuan pengiraan lebih masa: sebarang bayaran yang dibuat di bawah skim pembayaran insentif yang diluluskan atau sebarang bayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat atau pada mana-mana hari kelepasan am yang diwartakan yang diberikan oleh majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari menggantikan hari kelepasan am yang diwartakan.

Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.

Was this article helpful?

Download The Free Guide