Bagaimanakah saya ingin mendaftar sebagai majikan?

Setiap majikan (syarikat, badan kebajikan, perniagaan milikan tunggal, perkongsian dan sebagainya) perlu berdaftar dengan LHDN, EPF, dan PERKESO. Jika anda terlibat di dalam sektor pembinaan atau perkhidmatan, anda juga perlu mendaftar dengan HRDF.


NOTA: SEMUA salinan dokumen di bawah perlu disahkan.


EPF

Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter EPF:

  1. Untuk syarikat

    1. Salinan Borang 9 SSM

    2. Salinan Borang 49 SSM

    3. Kad pengenalan salah seorang pengarah

    4. Borang  1 KWSP (ditandatangani dan disetem)

    5. Borang KWSP 1(i)

  1. Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian

    1. Pasport/Kad pengenalan pengarah

    2. Borang D

    3. Borang KWSP 1 (ditandatangani)

    4. Borang KWSP 1 (i)


PERKESO

Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter PERKESO:

  1. Untuk syarikat

    1. Salinan borang 9 SSM

    2. Salinan borang 49 SSM

    3. Borang PERKESO 1 dan 2 (ditandatangani)

  1. Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian

    1. Salinan Borang D SSM/ Lesen Perniagaan

    2. Salinan Borang A SSM 

    3. Borang PERKESO 1 dan 2 (ditandatangani)


LHDN

Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter LHDN:

  1. Untuk syarikat

    1. Salinan M&A syarikat

    2. Salinan Borang 9 SSM

    3. Salinan Borang 49 SSM 

    4. Salinan Borang 24 SSM

    5. Salinan Borang 13 SSM (jika nama syarikat telah ditukar)

    6. Borang LHDN CP600E (ditandatangani)

  1. Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian

    1. Akaun terkini yang telah diaudit x1

    2. Salinan Borang D SSM/Lesen Perniagaan

    3. Salinan Borang A SSM /surat dari mahkamah/Borang 12/Borang K/Borang Q/ Surat MIA dan pelantikan sebagai agen percukaian

    4. Borang LHDN CP600E (ditandatangani)


HRDF

Anda hanya perlu mendaftar dengan HRDF sekiranya anda terlibat di dalam sektor pembinaan atau perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini.

Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter HRDF:

  1. Untuk syarikat

    1. Salinan Borang 9 SSM

    2. Salinan Borang 24 SSM

    3. Salinan Borang  49 SSM

    4. Profil Syarikat/Pendapatan Tahunan/Penyata Kewangan

    5. Penyata EPF 

    6. Borang 1 HRDF dan borang 1a


  1. Untuk perniagaan milikan tunggal

    1. Lesen perniagaan

    2. Penyata EPF

    3. Borang 1 HRDF dan borang 1a


  1. Untuk perniagaan perkongsian

    1. Salinan Borang D SSM

    2. Penyata EPF

    3. Borang 1 HRDF dan Borang 1a

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support