Bagaimanakah cara untuk saya membayar PCB?

Terdapat beberapa cara membayar PCB

Bayaran hendaklah dibuat bersama dengan penyerahan CP39

Nota: Semua cek/wang pos/kiriman wang hendaklah dibuat kepada "Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri".


Kaunter LHDN 

Bayaran boleh dibuat di kaunter pembayaran LHDN di Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kota Kinabalu dan Kuching dalam bentuk cek/kiriman wang/deraf bank/pemindahan wang.


Kaunter Bank 

Anda boleh membuat bayaran dalam bentuk tunai / cek bersama dengan borang CP39 dalam format disket di kaunter di bank berikut:

  • Public Bank

  • CIMB Bank


Pos Malaysia

Anda boleh membuat bayaran secara tunai bersama dengan borang CP39 dalam format disket di kaunter Pos Malaysia.


Perbankan Internet

Beberapa bank menawarkan servis pembayaran secara pukal. Segala proses biasanya dijalankan secara di dalam talian. Hubungi bank anda untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda melakukan caruman melalui perbankan dalam talian, tidak perlu menyerahkan borang CP39 di mana-mana kaunter.


Fasiliti DalamTalian (Online)

Menggunakan kemudahan e-PCB atau e-Data PCB untuk menyerahkan CP39.

Pembayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui FPX jika anda mempunyai akaun dengan salah satu bank di bawah:

  • AmBank

  • Bank Islam

  • CIMB Bank

  • Hong Leong Bank

  • Maybank2e / Maybank2U

  • Public Bank

  • RHB Bank

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support