Bagaimanakah cara untuk membayar caruman PERKESO?

Ada beberapa cara untuk membayar caruman PERKESO anda:

Perbankan Internet

Terdapat beberapa bank menawarkan perkhidmatan pembayaran gaji secara pukal. Biasanya proses ini dijalankan melalui dalam talian. Hubungi bank anda untuk maklumat lanjut.


iPERKESO

Sila maklum bahawa iPERKESO tidak lagi digunakan untuk aktiviti pembayaran caruman dan anda dinasihatkan untuk bertukar kepada PORTAL BANTUAN.

Fungsi iPERKESO telah diblok efektif 1 Mac 2019.


Portal Bantuan Perkeso

Portal Bantuan Perkeso adalah portal yang membolehkan majikan menguruskan butiran syarikat, maklumat caruman bulanan pekerja untuk Perkeso dan EIS. 

Untuk maklumat lanjut, sila lihat artikel bantuan ini.

Aplikasi PayrollPanda menjana file teks Perkeso untuk penyerahan dalam talian melalui Portal Bantuan. 

Sebaik sahaja anda log masuk, klik pada ‘My Sites’ dan pilih SOCSO Contribution

Kemudian, pergi ke Employer Contribution dan klik pada Text File seperti gambar di bawah. Selepas memuat naik fail SOCSO_Assist_Portal.txt yang dijana oleh aplikasi PayrollPanda, anda boleh terus membuat pembayaran menggunakan FPX.


Pembayaran kelompok bank PayrollPanda

Aplikasi PayrollPanda menjana fail kelompok pembayaran untuk sesetengah bank yang biasa anda gunakan untuk pembayaran kepada badan-badan kerajaan temasuk pemindahan gaji secara dalam talian. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat Bagaimanakah saya menghasilkan fail penggajian untuk bank?

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support