If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara menentukan nilai kemudahan penginapan?

Definisi

“Nilai tertentu”, berhubung dengan kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya, bermaksud:

  • di mana kemudahan penginapan itu tidak tertakluk kepada sebarang undang-undang bertulis yang menghadkan kawalan ke atas sewa dan orang yang menyediakan kemudahan penginapan itu memegangnya secara pajakan, ia adalah sewa yang dibayar atau patut dibayar jika ia disewakan tanpa perabot dan pemberi pajak dan pemegang pajak ialah orang yang bebas yang berurusan mengikut transaksi selingan;

  • dalam erti kata lain, “nilai boleh ditaksir” atau apabila ketiadaan nilai boleh ditaksir, ia adalah “sewa ekonomi”.

  • "Nilai taksiran" adalah:
  • Nilai taksiran ialah nilai tahunan kemudahan penginapan seperti yang ditetapkan oleh badan berkuasa pentaksir tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran serta badan-badan berkuasa yang sama bagi tujuan mentaksir cukai pintu.
  • "Sewa ekonomi" adalah:
  • Sewa di mana sesebuah kemudahan penginapan dijangka boleh disewakan jika:
  1. pemberi pajak bersetuju membayar kos insurans kebakaran,
    kadar awam, kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan; dan
  2. tiada mana-mana undang-undang bertulis yang mempunyai syarat
    menghadkan dan mengawal sewa.


Tiga Kategori untuk pengiraan nilai kemudahan penginapan

Pengiraan nilai kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan kepada
pekerjanya boleh dibahagi kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan kepada pekerja (selain daripada pegawai Kerajaan/Badan Statutori) atau pengarah urusan;

  2. Kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan kepada pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal; dan

  3. Kemudahan penginapan yang disediakan kepada pekerja/pengarah urusan/pegawai Kerajaan/Badan Statutori.

Potongan yang dibenarkan 

Bagi ketiga-tiga kategori, potongan boleh dibuat untuk:

  • Tempoh

Sekiranya kemudahan penginapan disediakan kurang dari tempoh 12 bulan, manfaat perlu dikurangkan sewajarnya. Contoh: jika kemudahan penginapan disediakan untuk 6 bulan dan nilai tahunannya ialah RM 10,000, maka manfaat kepada pekerja bernilai RM 5,000.

Nota: Manfaat ini dinilai bermula dari masa kemudahan penginapan disediakan, BUKAN dari masa pekerja menduduki kemudahan penginapan.

  • Perbelanjaan yang dibayar oleh pekerja
  • sewa dibayar ke atas hartanah (jika perabot disediakan oleh majikan maka sewa ke atas perabot yang dibayar oleh pekerja juga boleh ditolak).
  • sebarang kadar awam atau premium insurans.
  • perbelanjaan untuk pembaikan atau penyelenggaraan kemudahan penginapan.


Kategori Pertama: Kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan kepada pekerja (selain daripada pegawai Kerajaan/Badan Berkanun) atau pengarah urusan

Nilai manfaat perumahan dikira seperti berikut:

  • Nilai tertentu kemudahan penginapan; atau
  • 30% daripada pendapatan kasar pekerjaan (termasuk upah, elaun, perkuisit tetapi bukan manfaat dan perkuisit yang diterima berkaitan dengan hak untuk memperoleh saham dalam sesebuah syarikat)
  • Bergantung kepada yang lebih rendah.


Potongan tambahan yang dibenarkan

  • Perkongsian

Jika kemudahan penginapan dikongsi dengan pekerja lain, maka nilai akan dibahagi. Contohnya, jika dua pekerja tinggal di kemudahan penginapan yang sama, nilai manfaat akan dibahagi 50/50.

  • Urusan Perniagaan

Jika kemudahan penginapan digunakan untuk tujuan perniagaan maka nilai boleh dikurangkan sewajarnya - sama ada dengan mengira jumlah ruang yang digunakan untuk urusan perniagaan atau dengan mengira jumlah masa kemudahan penginapan digunakan untuk tujuan perniagaan.

  • Kediaman Wajib

Nilai manfaat dapat dikurangkan jika pekerja dikehendaki tinggal di kemudahan penginapan.


Kategori Kedua: Kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan kepada pengarah syarikat terkawal

Nilai manfaat kemudahan penginapan dikira seperti berikut:

  • Nilai tertentu kemudahan penginapan.

Potongan tambahan yang dibenarkan

Perkongsian: Jika kemudahan penginapan dikongsi dengan pekerja lain, maka nilai akan dibahagi. Contohnya, jika dua pekerja tinggal di kemudahan penginapan yang sama, nilai manfaat akan dibahagi 50/50.


Kategori Ketiga: Kemudahan penginapan bagi pekerja/pengarah urusan/pegawai kerajaan atau Badan Statutori

Jika kemudahan penginapan yang disediakan untuk mana-mana pekerja atau pengarah (kecuali pengarah urusan syarikat terkawal), adalah -

  • di hotel, asrama atau premis yang serupa; atau
  • mana-mana premis di ladang atau di dalam hutan; atau
  • mana-mana premis dalam kawasan yang boleh ditaksir tetapi tidak tertakluk kepada taksiran. Nilai manfaat kemudahan penginapan dikira seperti berikut:

3% daripada pendapatan kasar pekerjaan (termasuk upah, elaun, perkuisit tetapi bukan manfaat dan perkuisit yang diterima berkaitan dengan hak untuk memperoleh saham dalam sesebuah syarikat)


Baca lebih lanjut mengenai:


Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.
 

Was this article helpful?

Download The Free Guide