Bagaimana jika majikan mendapati terdapat kesalahan dalam borang badan berkanun yang telah dihantar?

KWSP

1. Faks surat kepada pihak KWSP di talian (03-89226222) berserta maklumat berikut:

  • Nama syarikat

  • Nombor EPF

  • Nama fail

  • Jumlah sumbangan keseluruhan

  • Maklumat mengenai pegawai penggajian syarikat


2. Borang anda (Borang A) akan dibatalkan dalam tempoh 21 hari bekerja dan anda perlu menghantar borang yang baharu.


3. Jika anda telah membuat pembayaran yang tidak betul, sila hubungi pegawai EPF yang bertanggungjawab bagi syarikat anda. Untuk maklumat lanjut sila hubungi EPF di talian (03-89226000).


PERKESO

Sediakan surat kepada pihak PERKESO bersama butiran berikut:

  • Nama syarikat

  • Nombor PERKESO

  • Butiran kesalahan

  • Tarikh borang dihantar

  • Maklumat pegawai penggajian syarikat yang perlu dihubungi

Hantarkan surat ini bersama resit pembayaran di mana-mana kaunter PERKESO.


LHDN

Sediakan surat kepada pihak LHDN bersama butiran berikut:

  • Nama syarikat

  • Nombor E syarikat

  • Nombor PERKESO

  • Butiran kesalahan

  • Tarikh borang dihantar

  • Maklumat pegawai penggajian syarikat yang perlu dihubungi

Hantarkan surat ini bersama borang yang telah dikemas kini ke cawangan LHDN yang bertanggungjawab bagi syarikat anda - Untuk mengetahui cawangan tersebut, sila hubungi LHDN di talian (1-800-88-5436).

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support