Apakah perkuisit yang mendapat pelepasan cukai?

Anda dibenarkan untuk menuntut pelepasan cukai untuk perkuisit di bawah. Melainkan jika anda mempunyai kawalan ke atas majikan anda. Untuk maklumat lanjut lihat di sini.


Manfaat

Keterangan Lanjut

Elaun penjagaan anak berumur sehingga 12 tahun

Pelepasan cukai sehingga RM 2,400 setahun.

Termasuk pembayaran oleh majikan terus kepada penjaga anak.


Kadar letak kereta atau elaun letak kenderaan

Pelepasan cukai selagi jumlahnya munasabah.

Termasuk pembayaran oleh majikan terus kepada pengendali tempat letak kereta.


Elaun petrol, kad petrol, elaun perjalanan atau bayaran tol atau mana-mana kombinasi

Pelepasan cukai sehingga RM 6,000 setahun, jika digunakan untuk tugas rasmi.

Lebih daripada RM 6,000 boleh dituntut jika rekod disimpan selama 7 tahun.


Elaun Makanan

Pelepasan cukai selagi jumlahnya munasabah dan :

Diberikan kepada pekerja secara tetap, dan diberikan kepada semua pekerja pada kadar yang sama; atau

yang diberikan kepada pekerja untuk menampung makanan mereka semasa perjalanan lebih masa atau luar negara atau tujuan lain yang serupa. Elaun makan sedemikian dibayar mengikut jawatan, tugas atau tempat pekerja di mana pekerjaan itu dijalankan.


Bil utiliti menggunakan nama pekerja

Bil bulanan untuk langganan jalur lebar, telefon talian tetap, telefon bimbit, alat kelui dan PDA yang didaftarkan atas nama pekerja atau majikan, termasuk kos pendaftaran dan pemasangan mendapat pelepasan cukai.

Terhad kepada 1 liputan bagi setiap kategori aset.


Pinjaman Subsidi (dana dalaman)

Pelepasan cukai sepenuhnya apabila dana diperoleh daripada dana syarikat dalaman.

Pinjaman Subsidi (dana luaran)

Faedah bersubsidi untuk pinjaman perumahan, pendidikan atau kereta sepenuhnya mendapat pelepasan cukai sekiranya jumlah pinjaman yang diambil dalam agregat tidak melebihi RM300,000.


Sekiranya jumlah pinjaman melebihi RM300,000, jumlah faedah bersubsidi yang mendapat pelepasan cukai adalah terhad mengikut formula berikut: (AxB)/C

di mana:

A = perbezaan antara jumlah faedah yang akan ditanggung oleh pekerja dan amaun faedah yang perlu dibayar oleh pekerja dalam tempoh asas untuk suatu tahun taksiran;

B = agregat baki jumlah prinsipal pinjaman perumahan, pendidikan atau kereta yang diambil oleh pekerja dalam tempoh asas untuk suatu tahun taksiran atau RM300,000, yang mana lebih rendah;

C = jumlah agregat amaun prinsipal perumahan, pendidikan atau pinjaman kereta yang diambil oleh pekerja.



Premium insurans

Pelepasan cukai dengan syarat :

Premium insuran adalah wajib untuk pekerja asing sebagai pengganti caruman SOCSO.


Premium insuran berkelompok untuk melindungi pekerja sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan.


Premium insuran atas polisi insurans di bawah Insurans Perjalanan Penerbangan untuk pekerja sebagai perlindungan bagi tugas rasmi.


Sumbangan oleh majikan kepada organisasi pengurusan penjagaan kesihatan untuk membayar kos perubatan dan rawatan pekerja.


Keahlian profesional

Pelepasan cukai dengan syarat keahlian terhadap badan profesional itu penting bagi perniagaan majikan dari segi peningkatan pengetahuan untuk memudahkan pekerja menjalankan tugas.

Biasiswa

Apa-apa jumlah wang yang dibayar sebagai biasiswa, pemberian, atau elaun yang serupa kepada individu, tidak berkaitan dengan pekerjaan mendapat pelepasan cukai.



Walau bagaimana pun, gaji yang dibayar kepada pekerja semasa tempoh cuti pengajian dikenakan sebagai cukai pendapatan daripada pekerjaan kerana pekerja dianggap mempunyai pekerjaan, walaupun dia tidak menjalankan pekerjaannya.




Aset disediakan secara percuma atau dijual pada harga diskaun

Hadiah berupa telefon talian tetap, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau PDA yang didaftarkan di bawah nama pekerja mendapat pelepasan cukai sepenuhnya. Kos pendaftaran dan pemasangan dimasukkan dalam jumlah pelepasan. Pelepasan yang diberikan dihadkan kepada 1 unit untuk setiap aset.


Baucar Hadiah

Pelepasan cukai melainkan jika ia berulang dan disediakan dalam keadaan di mana pekerja menjangkakan hadiah tersebut sebagai sebahagian daripada saraannya.

Hadiah Ikhlas

Hadiah ikhlas atau testimonial yang diterima oleh pekerja dari majikannya atau pihak ketiga semata-mata untuk penghargaan peribadi atau atas sebab-sebab peribadi tertentu tidak dikenakan cukai kerana hadiah tersebut tidak berkaitan dengan pekerjaan, contohnya:

  • Hadiah perkahwinan

  • Hadiah kerana menggagalkan rompakan bank

  • Hadiah atas prestasi luar biasa,contohnya: Mendaki Gunung Everest


Ganjaran yang berkaitan dengan pekerjaan

Pelepasan cukai dalam kes berikut:

  • Pencapaian masa lalu

  • Kecemerlangan perkhidmatan

  • Perkhidmatan dalam jangka lama - pekerja mestilah bekerja dengan syarikat / kumpulan syarikat yang sama selama lebih dari 10 tahun.


Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support