Apakah maksud Cukai HRDF dan majikan yang layak untuk mencarum?

Apa itu Cukai HRDF?

Cukai HRDF adalah bayaran cukai mandatori yang dikutip oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) yang dikenakan ke atas majikan dari industri tertentu. Tujuannya adalah untuk membolehkan latihan pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja Malaysia.


Siapa yang layak mendaftar dengan HRDF (PSMB)?

Majikan dari sektor ini dikehendaki mendaftar dengan PSMB mengikut Akta PSMB 2001, Seksyen 13 (1). Mana-mana majikan yang tidak berdaftar dengan PSMB boleh dikenakan denda sehingga RM 10,000.00, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya (Seksyen 13 (2)).

Firma dengan 10 atau lebih pekerja tempatan wajib mendaftar dengan PSMB, sementara firma dengan 10 atau kurang kerja tempatan mempunyai pilihan untuk mendaftar.

Pindaan Jadual Pertama berkuat kuasa 1 April 2017, secara ringkas ia menyatakan:

Pindaan

Kadar Cukai HRDF

Untuk menyeragamkan jumlah minimum pekerja tempatan mendaftar dengan PSMB kepada sepuluh (10) untuk semua majikan di bawah liputan yang sedia ada dan menghapuskan keperluan untuk modal berbayar untuk sektor Pembuatan, Perlombongan dan Penggalian.


1% daripada gaji bulanan setiap pekerja rakyat Malaysia 


Untuk membenarkan pendaftaran secara sukarela kepada semua majikan di bawah 63 subsektor yang sedia ada yang menggaji lima (5) kepada sembilan (9) pekerja tempatan


0.5% daripada upah bulanan setiap pekerja rakyat Malaysia 



Apakah kadar caruman HRDF?

Bayaran Cukai HRDF adalah berdasarkan kelayakan majikan (merujuk kepada bilangan pekerja tempatan). Kadar caruman adalah:

  • Majikan yang mempunyai kurang daripada 10 pekerja tempatan membayar Cukai sebanyak 0.5%.

  • Majikan yang mempunyai 10 pekerja di atas dan membayar cukai sebanyak 1%.


Bagaimanakah Cukai HRDF dikira?

Cukai HRDF = Cukai HRDF% x (Gaji Asas + Elaun Tetap).


Bagaimanakah saya boleh menambah Cukai HRDF di dalam PayrollPanda?

PayrollPanda boleh mengira sumbangan Cukai HRDF anda secara automatik, sila rujuk artikel bantuan ini.



Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support