Tentang Kami

PayrollPanda Sdn Bhd ialah sebuah syarikat SaaS Malaysia yang meletakkan fokus untuk menyediakan aplikasi HR secara cloud berkelas dunia. Produk utama kami ialah PayrollPanda, aplikasi penggajian secara dalam talian yang mensasarkan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia (SME) terutamanya.

Perisian dalam talian kami membolehkan pemilik perniagaan serta pengurus HR untuk melakukan penggajian yang diiktiraf oleh LHDN dengan beberapa klik sahaja. Matlamat kami ialah menjadikan proses penggajian mudah dan pantas  serta antara muka (interface) yang mesra pengguna dan membolehkan sistem penggajian dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa latihan diperlukan.

Sebagai tambahan kepada pengurusan penggajian, sistem kami turut didatangkan dengan pengurusan cuti secara percuma dan database pekerja. Kami komited menjadikan produk kami lebih baik secara konsisten dan mengemas kini aplikasi setiap dua minggu. Lihat blog kami untuk berita terbaru tentang kami.

PayrollPanda dipercayai lebih daripada 1,000 SME di Malaysia dari pelbagai industri termasuk hospitaliti, kerajaan, startup, kilang dan banyak lagi.

Kumpulan kami terdiri daripada 15 orang pekerja yang komited untuk memperkenalkan cloud HR yang efisyen kepada perniagaan-perniagaan di Malaysia. Kami berbangga kerana mampu memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, semua berpangkalan di Malaysia dan sentiasa boleh dihubungi melalui ruangan sembang, email dan telefon.

PayrollPanda Sdn Bhd juga sebahagian daripada LaunchPad, pembangun usaha teknologi Malaysia yang mengenal pasti dan memaksimumkan peluang berkaitan teknologi di rantau Asia Tenggara. LaunchPad diperakui sebagai syarikat berstatus MSC Malaysia, pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia menerusi  Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi artikel bantuan Fakta Ringkas Tentang PayrollPanda 



Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support