Bolehkah saya tambah lebih daripada seorang pekerja sekaligus?

Anda boleh menambah lebih daripada seorang pekerja sekaligus, namun hanya terbatas kepada maklumat asas mereka.


Cara untuk import beberapa pekerja sekaligus:


  1. Muat turun Employee Import Excel File ini dan isikan maklumat pekerja.


  1. Selepas selesai, pergi ke halaman Employee.


  1. Klik pada "Add Multiple Employees" 


  1. Pada halaman seterusnya, klik butang "Select File", pilih borang yang telah diisi dan klik “Open”


  1. Klik butang “Continue” untuk menyelesaikan proses import.


Pada kolum “Nationality”, sila gunakan kependekan 2 huruf.


Pada kolum "Date of Birth" & "Join Date", format adalah DD/MM/YYYY


Sila masukkan hyphen bagi nombor IC. Contohnya: 800101-01-5544



Selepas berjaya memuat naik maklumat pekerja anda sekaligus, anda boleh lihat nama yang telah dimasukkan di halaman Employee. Jika terdapat sebarang kesilapan pada fail, anda akan dapat notifikasi mengenai sebarang kesilapan. 


Setelah memuat naik semua data pekerja, anda boleh terus memuat naik secara pukal maklumat gaji terdahulu mereka. Sila rujuk artikel bantuan ini untuk panduan langkah demi langkah.



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.54.0

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support