Bolehkah saya merekodkan tuntutan bayaran balik perbelanjaan di dalam penggajian supaya rekod tersebut dapat dilihat dalam slip gaji?

Sudah pasti! Kami telah menetapkan konfigurasi aplikasi Tuntutan Perbelanjaan ke dalam slip gaji untuk kemudahan anda. Anda boleh menambahnya sebagai bayaran penggajian berulang atau dalam langkah pertama semasa menjalankan proses penggajian yang kami akan terangkan di bawah. Baca artikel bantuan ini untuk mengetahui tentang jenis bayaran penggajian berulang.


Ketika memulakan proses penggajian, klik '+ Additional Payroll Item' bagi pekerja yang mendapat tuntutan perbelanjaan yang digunakan. Ambil perhatian, ini tidak dikira sebagai elaun. 


Pergi ke Expense Claims di bahagian Remuneration > Expense Claims. Klik 'Add Selected' untuk menambah tuntutan perbelanjaan ke dalam sistem penggajian.


Anda kini boleh memasukkan amaun yang telah dibayar balik kepada pekerja ini.


Anda juga boleh membuat item tuntutan perbelanjaan yang lebih khusus jika anda mahu jenis tuntutan pembayaran lebih terperinci. Sila lihat Bagaimanakah cara untuk saya menambah item penggajian khas? untuk  bayaran yang lebih khusus.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.13.5

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support