Bagaimanakah saya boleh arkib/padam maklumat penggajian pekerja yang berhenti?

Nota: 

(i) Maklumat pekerja akan diarkibkan serta merta walaupun “Tarikh Berkuatkuasa” adalah pada masa hadapan.


(ii) Anda hanya dapat memadam pekerja yang masih belum menjadi sebahagian daripada mana-mana proses penggajian.


1. Arkib Pekerja

Untuk meletakkan seseorang pekerja dalam arkib, klik tab 'Employees', pilih nama pekerja dan klik ‘Archive’ di bahagian paling bawah. Employees > ‘Select any Employee’ > klik Archive

Pilih sebab dan tarikh berhenti kerja. Anda juga boleh menambah alamat email alternatif (peribadi) untuk rekod anda. Kemudian, anda boleh memilih "Prorate Salary" bagi mana-mana pekerja yang berhenti pertengahan bulan, gaji mereka diselaraskan secara automatik. Untuk mengecualikan pekerja daripada proses penggajian bulan itu, anda perlu pilih hari terakhir bulan terakhir. Sebagai contoh, untuk mengecualikan pekerja daripada penggajian bulan September, tarikh efektif pemberhentian ialah pada 31 Ogos.


Apabila seseorang pekerja diarkibkan, dia masih boleh menggunakan aplikasi dan melihat slip gaji mereka. Walau bagaimana pun, jika anda tidak mahu sebarang akses bagi mereka, anda boleh lakukannya dengan pergi ke Employees > Archived Employees > Select Employee dan klik Remove access.


2. Padam maklumat pekerja

Jika anda mahu memadamkan maklumat pekerja secara kekal daripada sistem, anda perlu mengarkibkan maklumat pekerja mengikut langkah-langkah diatas terlebih dahulu. Pertama, klik 'Archived Employees' dan pilih pekerja yang ingin dipadam.


Skrol ke bahagian bawah halaman ini dan klik ‘Remove Permanently’. Anda akan diminta untuk memastikan pengesahan, klik 'Yes, Delete' untuk memadam maklumat pekerja secara kekal. Sila ambil perhatian, ini hanya boleh dilakukan untuk pekerja yang tidak pernah ada dalam mana-mana sistem penggajian.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.59.0

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support