If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah invois tahunan dikira?

Secara asasnya, akaun anda telah ditetapkan pada langganan bulanan. Sekiranya anda ingin membayar secara tahunan, anda akan mendapat invois setahun lebih awal dan menerima diskaun sebanyak 15%.

Untuk memilih bil secara tahunan, pergi ke Settings > Subscription > Subscription Type dan pilih pengebilan secara tahunan (Yearly).

Invois akan dijana selepas anda menjalankan proses penggajian yang seterusnya. Jumlah pembayaran adalah berdasarkan jumlah pekerja yang dimasukkan dalam senarai penggajian. Dengan ini, anda layak untuk menjalankan sebanyak 12 bulan penggajian untuk bilangan pekerja tersebut sehingga tarikh pembaharuan langganan yang seterusnya. Invois yang baharu akan dikeluarkan untuk pembaharuan langganan bagi 12 bulan yang akan datang dan ianya bermula pada tarikh invois yang dikeluarkan itu. 

CONTOH langganan tahunan untuk syarikat dengan 10 pekerja:

 RM 456 yuran syarikat (RM 38 * 12 bulan)

+ RM 960 yuran pekerja (RM 8 * 10 pekerja * 12 bulan)

-  RM 212.40 15% Diskaun (RM 1,416 * 15%)

Jumlah kecil = RM 1,203.60 * 8% (caj SST)

Jumlah besar = RM 1,299.89

Jika anda menambah pekerja selepas anda menerima invois tahunan , anda akan menerima invois berasingan bagi pekerja berkenaan. Contohnya, jika anda telah membayar 10 pekerja, dan menambah pekerja menjadi 11 orang selepas tiga bulan anda diberikan bil: (RM 8 * 9 Bulan tolak 15% Diskaun) 8% SST = RM 66.10

Walau bagaimanapun, TIADA pulangan wang akan diberikan jika jumlah pekerja dikurangkan setelah amaun pekerja dicaj. Jika anda membayar untuk 10 orang pekerja dan mengurangkan kepada 8 orang selepas itu, tiada pulangan wang akan diberikan.


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.55.2

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support