Bagaimanakah cara untuk saya lantik seorang pengurus atau beberapa pengurus untuk setiap seorang pekerja?

Untuk membolehkan pengurus anda meluluskan permintaan cuti untuk ahli kumpulan mereka, anda perlu melantik pengurus untuk setiap pekerja.


  1. Pada Employees, klik pada nama pekerja yang ingin dilantik di bawah seorang pengurus.

  2. Pergi ke Employment Details, kemudian pilih seorang pengurus.

  3. Skrol bawah dan klik Save Changes.



Jika anda tidak ingin melantik pengurus kepada pekerja yang dipilih, klik "No manager". Berikutan itu, admin PayrollPanda boleh menguruskan sebarang permohonan cuti.


Jika anda pilih Multiple Managers, apabila salah seorang pengurus meluluskan atau menolak cuti yang dimohon, ia akan dianggap sebagai "Approved/Rejected". Pekerja akan menerima makluman melalui email dan ia akan terpapar pada Kalendar Cuti dan Log Aktiviti.


Anda juga boleh menambah beberapa lapisan/pengurus untuk meluluskan permohonan cuti, sila lihat artikel bantuan ini untuk panduan langkah-langkah melakukannya.


Sila maklum bahawa pekerja yang telah berdaftar dengan aplikasi sebagai pekerja boleh dilantik sebagai pengurus.



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.13.0

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support