Bagaimanakah cara untuk menggabungkan Xero dan PayrollPanda?

Perisian penggajian PayrollPanda boleh digabungkan dengan perisian perakaunan dalam talian, Xero. Semua data penggajian anda akan di sync secara automatik ke dalam Xero. Ikuti langkah di bawah untuk memulakan penggabungan.

1. Hubungkan akaun Xero anda.

Anda perlu menghubungkan Xero ke PayrollPanda:

  • Pastikan anda sudah mendaftar dengan PayrollPanda dan Xero.

  • Log masuk ke dalam akaun PayrollPanda dan pergi ke  Settings > Integrations > Connect with Xero.

  • Log masuk ke dalam akaun Xero anda atau daftar dan klik 'Allow access'.


2. Mulakan tetapan sync

Anda boleh pilih jika anda mahu sync data penggajian secara automatik ke dalam Xero selepas selesai proses penggajian atau jika anda mahu hantar secara manual. Jika anda pilih Generate Bills Upon Payroll Submission, semua bil akan dicipta secara automatik di dalam Xero. Jika anda lakukan secara manual, anda boleh sync dengan klik pada Sync with Xero di bawah Payroll History setiap kali anda selesai memproses gaji.

Ada tiga cara berbeza untuk map penggajian anda di dalam Xero.

Bergantung kepada bagaimana anda mahu merekod data penggajian, anda boleh pilih:

  • Gaji Bersih: Map jumlah gaji bersih dan setiap pembayaran badan berkanun.

  • Gaji Kasar: Map gaji kasar dan sumbangan badan berkanun pekerja.

  • Gaji Asas: Map gaji asas, sumbangan badan berkanun pekerja dan apa-apa tambahan/tolakan (Elaun perjalanan dll)

Contoh terperinci setiap jenis map diberikan di bawah Sample Mapping.


3. Map item penggajian ke Xero.

Berdasarkan jenis map yang dipilih, anda perlu map item PayrollPanda ke akaun Xero. Ada dua jenis Akaun Xero yang perlu dimap ke Akaun Perbelanjaan Xero.  Xero Expense Accounts (Debit) dan Akaun Liabiliti Xero Xero Liability Accounts (Kredit).

Untuk memulakan akaun di Xero.

  • Log masuk ke dalam Xero dan pergi ke Settings > Chart of Accounts

  • Klik "Add Account"

  • Pilih Jenis Akaun > Expense atau Liability

  • Berikan Kod unik

  • Namakan Akaun


4. Map ke Kenalan Xero

Merujuk kepada kenalan di mana invois (bil) dicipta dalam Xero. Anda disyor menggunakan:

  • Kenalan Tunggal (Bil Tunggal): Selepas bil dicipta apabila proses penggajian siap dilakukan, Bil Sumber Manusia dengan semua maklumat gaji dan pembayaran badan berkanun bagi bulan tersebut.

  • Kenalan Berganda (Bil Berganda): Selepas bil dicipta untuk perbelanjaan penggajian spesifik, Bil Sumber Manusia, Bil KWSP dan Bil Perkeso.

Untuk menambah kenalan di Xero, pergi ke Contacts > Add Contact.

Nota: Jika anda membuat bil berganda, pada penyata imbangan akan tertera dalam Accounts Payable di bawah Current Liabilities. Jika anda menggunakan bil tunggal, item berasingan seperti Accounts Payable, PCB Payable,  EPF Payable dll.

Selepas siap membuat map, klik save pada bawah halaman dan anda siap untuk menjalankan penggajian.


Contoh Map

Di bawah disertakan contoh map pada setiap opsyen map Xero yang berbeza seperti pada 2. Mulakan tetapan sync.


    a. Contoh Map Gaji Bersih

Contoh di bawah menunjukkan map Gaji Bersih dan Caruman Badan Berkanun setiap Pekerja dan Majikan. Setiap item penggajian dimap kepada Akaun Perbelanjaan dan Akaun Liabiliti contohnya Perbelanjaan PCB dan Akaun Hutang PCB.

Dalam contoh ini kami map semua kepada satu Kenalan Xero menjadi satu bil dicipta dalam Xero, bil Sumber Manusia. Jika anda mahu map kepada bil berganda, anda boleh rujuk kepada Gross Salary Mapping Example. Apabila bil diterima, data penggajian dipaparkan di dalam P&L dan Penyata Imbangan. 

Bil Contoh (Bil Tunggal)


    b. Contoh Map Gaji Kasar

Bagi Gaji Kasar, setiap Caruman Badan Berkanun Pekerja dan Majikan akan dimap.

Penting: Sila maklum bahawa Gaji Kasar dan Caruman Pekerja perlu dimap untuk berada di dalam Xero dengan betul. Caruman Pekerja akan ditolak dua kali untuk memastikan ia dipaparkan di dalam P&L dan Penyata Imbangan. 

Dalam contoh ini, kami map Kenalan Xero berganda, jadi bil berganda dicipta di dalam Xero. Bil Sumber Manusia, LHDN, KWSP, PERKESO dan SIP PERKESO dengan betul. Apabila bil diterima, data penggajian dipaparkan di dalam P&L dan Penyata Imbangan. 

Contoh Bil Gaji (Bil Berganda)


    c. Contoh Map Gaji Asas

Gaji Asas membenarkan anda map setiap item penggajian seperti Penambahan dan Penolakan. Setiap bulan item penggajian penting untuk dimap untuk menjalankan penggajian contohnya seperti Kerja Lebih Masa, Bonus dan Cuti Tanpa Gaji.

Penolakan cukai yang dibenarkan (Gaya Hidup, Yuran Pengajian Tinggi, dll) dan Manfaat Bukan Barangan (BIK) boleh dikeluarkan dan tidak akan dipaparkan di dalam perisian perakaunan anda.

Penting: Sila maklum bahawa Gaji Asas dan Caruman Pekerja perlu dimap supaya ia juga berjalan dengan betul di dalam Xero. Caruman Pekerja akan ditolak dua kali untuk memastikan ia dipaparkan di dalam P&L dan Penyata Imbangan. 

Dalam contoh ini, map dilakukan untuk Kenalan Xero Berganda bagi

mencipta bil berganda ni Xero, Sumber Manusia, LHDN, KWSP, PERKESO 

dan SIP PERKESO dengan betul. Apabila bil diterima, data penggajian 

dipaparkan di dalam P&L dan Penyata Imbangan.


Contoh Bil Gaji (Bil Berganda)

Jika anda perlu bantuan dengan persediaan, anda boleh hubungi kami

melalui sembang di dalam aplikasi.



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.60.0

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support