Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan pembayaran Levi HRDF di PayrollPanda?

Levi HRDF adalah bayaran levi mandatori yang dikenakan oleh Kerajaan ke atas kumpulan majikan yang tertentu untuk tujuan latihan dan meningkatkan kemahiran pekerja. Lihat artikel bantuan ini untuk penjelasan terperinci bagi yang layak untuk membuat sumbangan.

HRDF telah dinyahfungsikan di PayrollPanda; untuk mengaktifkan HRDF, sila pergi ke Settings > Payment Settings.

Setelah diaktifkan, PayrollPanda akan mengira HRDF secara automatik untuk pekerja tempatan berdasarkan perkara berikut:

  • 5 to 9 Perkerja Tempatan: HRDF menyumbang sebanyak 0.5%

  • 10 dan ke atas jumlah pekerja tempatan: HRDF menyumbang sebanyak 1%


Sumbangan HRDF dikira berdasarkan gaji pokok ditambah dengan elaun tetap. Jika item untuk gaji dianggap sebagai elaun dan ditambah sebagai item gaji berulang maka ia dimasukkan dalam pengiraan. Untuk maklumat lanjut tentang gaji berulang, lihat artikel bantuan ini.

Kiraan HRDF akan dipengaruhi oleh item payroll tersebut:

  • Pembayaran balik gaji: juga dikenali sebagai Pendahuluan Gaji dan/atau Penolakan (‘Advance Payment Gaji’ dan ‘Salary Deduction’) dalam aplikasi PayrollPanda

  • Pembayaran Cuti: dikenali sebagai ‘Holiday in Lieu’ dalam aplikasi PayrollPanda

  • Cuti tanpa Gaji: Jika pekerja mengambil cuti tanpa gaji, jumlah tersebut akan ditolak daripada gaji pokok tambah elaun tetap/bulanan untuk kiraan HRDF. Dalam PayrollPanda, anda perlu mengaktifkan kiraan cuti tanpa gaji secara automatik di Settings > Payment Settings. Anda juga boleh melaraskan elaun tetap/bulanan mengikut cuti tanpa gaji di Employee Settings > Employment Details


Contoh Kiraan Pembayaran Levi :

Jika anda menyumbang 1% dan pekerja anda memperoleh RM 3,000.00 tambah elaun tetap sebanyak RM 250.00, maka pengiraan untuk pembayaran levi HRDF adalah seperti berikut: (MYR 3,000.00 + MYR 250.00) * 1% = MYR 32.50



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.48.1

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support