Bagaimanakah cara untuk menambah syarikat ke dalam Akaun Penggajian Terurus (Managed Payroll Account)?

Managed Payroll Account’ adalah ciri yang telah kami tambahkan untuk admin bagi mengurus beberapa syarikat menggunakan satu log masuk utama. Ketahui lebih lanjut mengenai tahap akses berbeza untuk akaun yang berbeza di sini.

Jumlah syarikat boleh ditambah seperti langkah-langkah di bawah.

1. Log masuk ke akaun anda dan klik tambah syarikat seperti yang dilihat dalam gambar di bawah.

2. Tambah email dan nama untuk Akaun Penggajian Terurus. Email yang anda masukkan di sini akan berfungsi sebagai Login ID untuk akaun Klien MP.

3. Klien tersebut akan menerima email jemputan daripada PayrollPanda untuk membuka akaun. Mereka hanya perlu menetapkan kata laluan akaun dan nama syarikat.

Jika anda telah mempunyai akaun PayrollPanda, sebelum mempunyai aksess kepada Akaun Penggajian Terurus, kami akan pautkan akaun tersebut kepada Akaun Penggajian Terurus anda. Hanya maklumkan kami dan akaun anda akan disediakan.



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.20.0



Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support