Bagaimanakah cara untuk memuat naik maklumat slip gaji secara pukal bagi pekerja?

Selepas menambah pekerja ke dalam aplikasi ( klik sini untuk lebih maklumat bagaimana menambah data pekerja secara pukal), anda boleh terus memuat naik maklumat gaji terdahulu pekerja secara pukal.

Pergi ke Employees; di bawah halaman anda akan menemukan “Add Multiple Previous Payslip Info” dan klik Download Template. Setelah memuat turun templat, anda boleh memasukkan semua maklumat gaji terdahulu pekerja. Kemudian anda boleh memuat naik ke dalam aplikasi dan ia akan ditambah secara automatik.

Nota:

  • Hanya maklumat gaji terdahulu pekerjaan semasa boleh dimuat naik. Jika pekerja tersebut diambil bekerja oleh syarikat lain dalam tahun yang sama, anda perlu menambah maklumat gaji pekerjaan itu secara manual di bawah Employees > Select Employee > Previous Payslips > Previous Employment Payslip Information Form.

  • Jika ada item penggajian yang anda ingin tambah tetapi tiada di dalam templat, anda perlu tambah item tersebut ke dalam aplikasi dengan pergi ke Employee >  Select Employee > Previous Payslips.

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support