Bagaimanakah cara menjana fail penggajian untuk bank?

Nota: Buat masa ini kami hanya menyokong fail pembayaran kelompok untuk CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank, Public Bank dan OCBC Bank.

Artikel ini menerangkan langkah-langkah bagi menjana fail yang boleh anda muat naik kepada bank anda untuk memproses bayaran untuk pekerja dan badan berkanun (PCB/KWSP/PERKESO/SIP).

Menjana fail perlu dilakukan selepas proses penggajian dihantar, tetapi anda perlu memastikan 3 perkara ini terlebih dahulu:

A. Tambah Akaun Bank Syarikat Anda

Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details dan klik Add Bank Account. Kemudian, pilih bank anda dan masukkan nama dan nombor akaun.

Bagi sesetengah bank, anda perlu memasukkan maklumat khusus yang diperlukan. Contohnya, jika anda menggunakan CIMB, anda perlu memasukkan kod organisasi. Sila lihat di bahagian bawah ini untuk senarai penuh bank yang kami sokong penjanaan fail bank serta maklumat khusus mereka yang diperlukan.

B. Masukkan Maklumat Khusus untuk Bank Anda

Ada sesetengah maklumat bersifat umum kepada semua bank dan ada sesetengah maklumat bersifat khusus kepada bank-bank tertentu. Buat masa ini, kami menyokong CIMB, Maybank2E, Hong Leong Bank, RHB, Public Bank dan OCBC Bank dan akan memasukkan beberapa bank lagi dalam beberapa bulan akan datang. Anda boleh lihat maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam PayrollPanda untuk menjana fail pembayaran kelompok di bawah.


1. CIMB 

Bizchannel CIMB mempunyai dua jenis pakej iaitu Standard dan BizLite:

1.1 CIMB Standard: Maklumat yang diperlukan ialah:

  • Kod Organisasi: Diberi oleh bank, pelanggan berbayar sedia ada menggunakan kod yang sama.

  • Tarikh kredit: Tarikh pembayaran sepatutnya ditolak daripada akaun anda.


1.2 CIMB BizLite: Tiada opsyen untuk menjana penggajian menggunakan sistem penggajian dan muat naik kepada bank kerana semua maklumat penerima perlu dimasukkan secara langsung di dalam sistem Bizlite ketika melakukan transaksi.


2. Maybank

2.1 Maybank2E

  • ID Korporat: Diberikan oleh bank, juga digunakan sebagai log masuk ke dalam Maybank. Pelanggan Autopay Sedia Ada menggunakan kod yang sama.

  • Tarikh Kredit:  Tarikh pembayaran sepatutnya ditolak daripada akaun anda.

  • Format Fail: Sila pastikan anda memilih Produk “Staff Payroll” dan Format Fail  “MY PAY PIPE V4” untuk penggajian dan untuk badan Berkanun "MY STAT BODY PIPE" ketika proses memuat naik.

2.2 Maybank2U

Bagi Maybank2U, ada dua akaun Maybank2U Biz dan akaun standard 

Maybank2U dengan 2 opsyen pembayaran.

  • Maybank2u Biz hanya (Maybank Autocredit Software):

    • Pergi ke cawangan Maybank berhampiran anda dan mohon Maybank Autocredit Software (MAS).

    • Permohonan akan mengambil masa 2-3 hari bekerja selepas jurutera Maybank membuat temujanji untuk lawatan ke pejabat dan instal perisian.

    • Setelah diinstal anda boleh memuat naik Pembayaran Kelompok fail txt yang dijana oleh aplikasi PayrollPanda. Hanya muat naik fail, klik teruskan dan fail baru akan dijana serta boleh dimuat naik ke Maybank2U.

  • Maybank2u Biz dan akaun Standard Maybank2u(Fail Manual):

    • Log masuk ke dalam Maybank2U dan muat turun fail CSV. Anda kemudian perlu memasukkan semua data secara manual dan selepas itu boleh memuat naik semula. Malangnya, Maybank2U tidak menjana fail ini secara automatik.


3. Hong Leong Bank

  • Pembayaran/Jenis Transaksi: Pilih Rentas atau IBG

  • Tarikh Kredit: Tarikh bila pembayaran sepatutnya ditolak dari akaun anda

  • Nota: Untuk pengguna pertama kali, pelanggan perlu mendaftar ID Majikan Syarikat sebagai rujukan seperti butiran di bawah. Selepas menerima permohonan, bank akan memberi notifikasi kepada pelanggan yang mereka boleh memuat naik fail.

        Email kepada: cmp@hlbb.hongleong.com.my


4. RHB

Untuk memuat naik fail pembayaran secara pukal yang dijana secara automatik, anda perlu mengaktifkan opsyen Pembayaran Pukal yang ditawarkan untuk akaun RHB Premium Reflex. Sila maklum bahawa ia hanya ditawarkan berdasarkan permintaan dan ia mengambil masa sehingga 5 hari bekerja, jadi anda dinasihatkan membuat permintaan dari RHB lebih awal sebelum memuat naik fail (klik sini untuk maklumat lebih lanjut)

  • ID Korporat: Enam digit, diberikan oleh pihak bank.

  • Pembayaran/Jenis Transaksi: Pilih Rentas atau IBG.

  • Tarikh kredit: Tarikh pembayaran sepatutnya ditolak daripada akaun anda.

  • Nota: Pengguna perlu ada Modul Pembayaran Pukal yang diberikan oleh pihak RHB Bank > Reflex Support

Untuk fail pembayaran, sila gunakan Pembayaran Pukal untuk memuat naik dan memproses pembayaran.

Untuk fail Badan Berkanun, sila gunakan Statutory Payment > EPF/LHDN/SOCSO untuk muat naik.


5. Public Bank

Ada dua platform yang berbeza bagi Public Bank yang memerlukan dua persediaan yang berbeza.

    5.1 Servis PB ECP (www.pbebank.com)

  • Payment/Transaction Type: Pilih jenis pembayaran dari IBG. Rentas atau cek bank/deraf arahan (BC/DD).

  • Kod Organisasi: Tiga karakter (XXX). kependekan alphanumerik yang diberikan oleh bank. Pelanggan Autopay sedia ada menggunakan kod yang sama.

  • Tarikh kredit: Tarikh pembayaran sepatutnya ditolak daripada akaun anda.

  • Nota: Fail bank yang dijana oleh Public Bank ialah fail pembayaran pembayaran gaji dan dinamakan BIF. Untuk PCB nama fail ialah PCB-Month_2018.TXT 

5.2 PB Enterprise (www.pbenterprise.com)

  • Tarikh kredit: Tarikh pembayaran sepatutnya ditolak daripada akaun anda.

  • Nota: Pengguna juga boleh memuat turun format fail XLS, secara manual memasukkan data dan muat naik.

  • Langkah-langkah untuk memuat naik fail: Muat turun Penggajian dari Sejarah penggajian. Log masuk PB Entreprise, terus ke File Upload > ECP Payroll/Payment > ECP Payroll/Payment Upload. Sila muat naik fail yang dijana [20digits].TXT. Untuk PCB nama fail ialah PCB-Month_2018.TXT

Langkah-langkah memuat naik PERKESO & KWSP untuk fail PBe dan PB Enterprise.

  • Jika anda membuat pembayaran untuk KWSP dan PERKESO melalui fail kelompok bank buat pertama kali, pertama sekali anda perlu menghantar Fail Percubaan kepada KSWP dan PERKESO untuk pengesahan dan kelulusan.

  • Surat pengesahan akan dihantar kepada alamat anda dalam tempoh 14 hari.

  • Setelah mendapat surat pengesahan, anda boleh menghantar fail caruman menggunakan PBe


6. OCBC Bank

  • Tarikh kredit: Tarikh pembayaran sepatutnya ditolak daripada akaun anda.


C. Tambah Akaun Bank Pekerja Anda

Pergi ke Manage Employees > klik employee dan dari tab Personal Info lihat bahagian Bank. Klik Add Bank Button yang akan menimbulkan tetingkap timbul (pop up) untuk memasukkan maklumat akaun bank pekerja.


D. Tambah Tarikh Kredit (Bagi Setiap Pembayaran)

Apabila proses payroll berada pada langkah 3, anda mungkin perlu memasukkan maklumat khusus untuk bank anda. Dalam contoh di bawah, bank CIMB dipilih sebagai akaun bank syarikat dan oleh itu ruangan Tarikh Kredit (Crediting Date) akan muncul.

Sebaik sahaja payroll dikemaskinikan, fail-fail bank akan dimasukkan ke dalam fail zip penggajian. Contoh di bawah menunjukkan 4 fail yang dijana untuk contoh akaun bank CIMB. Fail-fail ini perlu dimuatnaik melalui laman web perbankan dalam talian supaya pembayaran kepada pekerja dan badan berkanun dapat dibuat.



Artikel bantuan ini disusun untuk https://app.payrollpanda.my/ versi 0.59.0

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support