Bagaimanakah cara menetapkan beberapa peringkat untuk kelulusan cuti?

Jika anda mahu menetapkan beberapa tahap/peringkat pengurus untuk meluluskan permohonan cuti pekerja, anda perlu menetapkan pengurus bagi setiap peringkat tersebut.

  1. Di bawah Employees, klik pada nama pekerja yang perlu diletakkan di bawah pengurus tertentu.

  2. Pergi ke Employment Details, Managers for Leave Approval dan pilih pengurus atau beberapa pengurus pada setiap peringkat.

  3. Untuk menambah lapisan, klik +Add 2nd Layer, anda boleh menambah sehingga 3 peringkat pengurus.

  4. Skrol ke bawah dan klik Save Changes





Selepas pengurus pada peringkat pertama meluluskan permohonan cuti, ia akan dihantar kepada pengurus peringkat kedua untuk kelulusan dan seterusnya bagi peringkat ketiga. Pekerja akan menerima notifikasi selepas pengurus peringkat terakhir sama ada beliau meluluskan atau menolak permohonan cuti tersebut.

Jika anda memilih Multiple Managers pada setiap peringkat, memadai jika hanya seorang pengurus yang dilantik meluluskan atau menolak permohonan cuti tersebut.

Sila maklum bahawa hanya pekerja yang telah berdaftar sebagai pekerja di bawah aplikasi boleh dilantik sebagai pengurus.


Artikel bantuan ini disusun untuk aplikasi app.payrollpanda.my versi 1.3.0

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support