Bagaimanakah cara menambah Kerja Lebih Masa Khas (Custom Overtime Payroll)?

Kami telah menyediakan kategori kerja lebih masa yang biasanya digunakan seperti OT normal, OT Hari Berehat, dan OT Cuti Umum. Untuk maklumat lanjut tentang cara menambahnya, sila lihat artikel bantuan ini. Sekiranya anda ingin menambah kerja lebih masa khas atau lain daripada senarai di atas, sila ikuti langkah-langkah di bawah.


Anda hanya perlu menambah Item ‘Custom Overtime Payrollsekali sahaja, selepas itu anda boleh memilihnya dengan mudah dari senarai item untuk ditambah sebagai pembayaran berulang atau bayaran sekali sahaja.

1. Tambah Kerja Lebih Masa Khas (Custom Overtime)

Pergi ke Settings > Payroll items > Add Custom Overtime


2. Pilih Nama dan Tetapan

Anda boleh namakan Item Custom Overtime Payroll anda sendiri dan simpan dalam senarai kerja lebih masa.  Kemudian laraskan kadar lebih masa (=penggandaan untuk kadar setiap jam). Sila pilih sumbangan berkanun sewajarnya juga.


PENTING: Kerja lebih masa menyumbang kepada PCB dan Perkeso, tetapi dikecualikan daripada KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai tetapan yang betul, anda boleh menyemak dengan kumpulan sokongan kami melalui ruangan sembang di laman web ini.

Sebaik sahaja tetapan anda disimpan, anda boleh menambah Item Custom Overtime Payroll sama ada sebagai item gaji berulang di bawah tetapan pekerja, atau sebagai item gaji tidak berulang di Langkah 1 apabila memproses gaji, lihat artikel bantuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Selain itu,  anda boleh menambahnya di bawah Timesheet, dan kemudian anda boleh masukkan jam harian.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.11

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support