Bagaimanakah cara menambah cuti untuk pekerja?

Artikel ini akan membantu anda untuk menambah sebarang jenis cuti untuk pekerja. Untuk menambah jumlah cuti, anda boleh merujuk kepada Artikel Bantuan ini.


1) Apabila menambah/mengemaskini maklumat pekerja, klik di tab Employment Details dan lihat pada kolum cuti di bawah halaman ini.

2) Lihat pada ruangan untuk mengisi maklumat di bawah kolum Days Entitled. Di sini, anda boleh mengubah maklumat cuti. Cuti yang telah digunakan tidak dapat diubah dan hanya untuk maklumat sahaja.

3) Dalam contoh ini, setiap pekerja telah ditetapkan kepada Cuti Tahunan selama 15 hari setahun. Oleh itu, jika pekerja membuat permintaan cuti, kedua-dua pihak akan dimaklumkan jika cuti yang diminta (termasuk hari yang telah diambil) melebihi hari yang diberikan. Cuti ini masih boleh dikemukakan dan juga diluluskan, namun, pihak berkenaan akan mengetahui bahawa cuti yang ingin diambil adalah melebihi Cuti Tahunan yang ditetapkan.

Sebagai contoh,paparan di atas menunjukkan apabila pekerja memohon untuk bercuti. Perhatikan pada jumlah hari cuti yang dibenarkan.

Paparan di atas menunjukkan situasi di mana pihak pengurusan boleh meluluskan atau menolak permohonan cuti tersebut.



Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support