Bagaimanakah cara menambah Caruman KWSP untuk Pekerja dan Majikan?

Apabila majikan membayar caruman kepada KWSP, jumlah tersebut perlu mengikut Jadual Caruman KWSP (JADUAL KETIGA) atau anda juga boleh memilih mencarum pada peratusan yang ditetapkan iaitu sebanyak 13% atau 12%, bergantung kepada jumlah gaji dibayar kepada pekerja (kurang atau lebih daripada RM 5000). Sila ambil perhatian bahawa pengiraan caruman bagi majikan dan pekerja dalam aplikasi ini berdasarkan jadual caruman yang ditetapkan!

Caruman KWSP Fleksibel untuk Majikan:

Sekiranya majikan mahu membuat caruman pada kadar yang lebih tinggi, beliau perlu mengisi Borang KWSP 17 (MAJ) dan mengemukakan kepada KWSP sebelum berbuat demikian. Sebaik borang ini diserahkan, majikan diwajibkan menyumbang pada kadar baru.

Caruman KWSP Fleksibel untuk Pekerja:

Sekiranya pekerja memilih untuk mencarum pada kadar melebihi kadar berkanun semasa, anda boleh berbuat demikian tetapi perlu mengemukakan notis pemilihan terlebih dahulu menggunakan Borang KWSP 17A (AHL).

Sila pastikan bahawa anda telah menyerahkan notis kepada KWSP sebelum membuat perubahan mengenai peratusan sumbangan melalui aplikasi ini kerana anda tidak dibenarkan membuat sumbangan yang fleksibel tanpa sebarang kelulusan daripada KWSP. Sekiranya anda telah menyerahkan borang tersebut sebelum menggunakan aplikasi kami, anda boleh meneruskan untuk membuat pelarasan kadar yang diperlukan di bawah tab Keperluan Berkanun (Statutory Requirements) untuk setiap pekerja. 

Anda perlu menetapkan kadar tambahan di atas peratusan semasa yang dipilih. 

Sebagai contoh, jika kadar caruman semasa pekerja adalah 11% dan anda ingin meningkatkan Kadar KWSP Pekerja kepada 13%, anda akan memilih 11% dan kemudian 2% di kadar tambahan pada baris yang sama:

Kadar ini kemudian akan menjadi kadar sumbangan yang baru dan akan kekal sehingga majikan dan/pekerja mengemukakan notis pembatalan menggunakan Borang KWSP 18 (MAJ) dan/atau Borang KWSP 18A (AHL) masing-masing. Apabila KWSP telah menerima dan memproses pemberitahuan ini, kadar sumbangan akan dikembalikan semula kepada kadar berkanun sebelumnya.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.13.0

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support