Bagaimanakah cara memasukkan perakam waktu (Timesheet) ke dalam PayrollPanda?

Anda boleh menambah perakam waktu bekerja bulanan anda ke dalam PayrollPanda secara automatik dan pengiraan gaji mengikut jam. Di bawah tab Timesheet anda akan perolehi senarai semua pekerja anda secara mingguan. Anda boleh memuat naik templat perakam waktu atau memasukkannya secara manual.

1. Muat naik perakam waktu

Anda boleh gunakan templat untuk memuat naik perakam waktu bekerja pekerja anda ke dalam aplikasi. Muat turun templat di Timesheet > Upload Timesheets > Download Template. Templat mengandungi semua item penggajian termasuk Item Penggajian Pra-tetapan atau Item Penggajian Khas yang anda cipta sendiri.

Dalam templat anda boleh masukkan jumlah waktu bekerja normal (untuk pekerja gaji kiraan jam) dan/atau kerja lebih masa pada bulan itu. Setelah selesai anda boleh terus memuat naik perakam waktu di bawah Select File. Jumlah jam akan ditambah ke dalam kolum, selepas disimpan, ia akan digunakan untuk kiraan penggajian bulan tersebut.

Nota: Jika anda menggunakan Jibble untuk perakam waktu, anda boleh eksport fail dari Jibble dan muat naik terus ke PayrollPanda. Lihat artikel bantuan untuk lebih maklumat.

2. Memasukkan Perakam Waktu secara Manual

Untuk memasukkan secara manual waktu bekerja, anda perlu tambah item penggajian lebih masa yang relevan. Untuk tambah overtime payroll items klik pada butang +Add Overtime di bahagian bawah sebelah kiri. Di sini anda boleh memilih overtime payroll items yang anda mahu tambah dan untuk pekerja yang dimahukan. Setelah ditambah, anda boleh masukkan jumlah jam bekerja lebih masa.

Selepas simpan fail, jumlah jam akan ditambahkan ke dalam proses penggajian untuk bulan tersebut. Untuk menjalankan penggajian, anda sentiasa boleh masuk semula untuk kemas kini jam bekerja. Jika pekerja diberi gaji berdasarkan jam, waktu bekerja yang dimasukkan di sini akan digunakan untuk mengira gaji bulanan mereka.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.11

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support