Apakah yang terjadi selepas saya selesai memproses penggajian?

Selepas anda siap memproses penggajian, anda boleh mengakses slip gaji dan Laporan Ringkas Penggajian di bawah tab Payroll History.


  1. Slip gaji akan serta-merta dihantar secara automatik selepas penggajian dihantar jika "Email Employees Payslips"  ditanda di bawah Settings > Notifications. Jika ia tidak ditanda, anda boleh klik pada "Send Payslips" selepas anda menyelesaikan proses penggajian di bawah Payroll History > Send Payslips. Untuk maklumat lebih lanjut baca di sini: Bagaimanakah cara untuk saya menghantar slip gaji kepada pekerja?


  1. Klik pada "Download Payroll" dan fail zip yang mengandungi butiran berikut akan dijana:


  • PCB txt. file: Anda boleh menggunakan fail berformat teks untuk membuat penyerahan secara online di E-Data PCB. Pengguna mesti terlebih dahulu mendaftar sebelum menggunakan sistem. Sila hubungi talian bantuan LHDN di 1-800-88-5436 untuk mengaktifkan akaun anda.


  • EPF-iAkaun csv file: Fail perlu dimuat naik dahulu ke iAkaun KWSP dan kemudian barulah anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bagaimana memuat naik fail ke iAkaun.


  • PDF Jadual Berbayar: Lihat secara keseluruhan jumlah bayaran yang akan dibayar kepada pekerja dan lain-lain.


  • PDF Ringkasan Penggajian & Fail Excel: Laporan ringkasan penggajian untuk gambaran keseluruhan sebarang pembayaran gaji.


  • PDF Slip Gaji: Semua slip gaji pekerja dengan mudah digabungkan menjadi satu fail pdf. Baca artikel ini sekiranya anda ingin memuat turun dan/atau menghantar slip gaji secara individu kepada pekerja anda.


  • PDF PCB-CP39: Borang CP39 untuk pembayaran PCB di LHDN. Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bagaimana untuk membayar PCB.


  • EIS.txt: Boleh dimuat naik ke Portal Bantuan Perkeso. Bayaran boleh dilakukan secara online melalui FPX. Untuk butiran lanjut dan cara alternatif untuk membayar EIS sila rujuk artikel bantuan kami.


  • Socso_Assist_Portal.txt: Failkan pembayaran melalui Portal Bantuan Perkeso. Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan pembayaran Perkeso, lihat artikel bantuan kami.


  • Fail Bank: Fail bank yang boleh dimuat naik secara dalam talian untuk pembayaran automatik kepada pekerja dan badan berkanun. Baca artikel bantuan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bank yang terlibat.

Was this article helpful?

Get Started

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support