If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah tahap akses bagi menguruskan akaun penggajian dan apa yang boleh dilakukan?

Akaun MP yang juga dikenali sebagai akaun penggajian terurus (Managed Payroll Account) merupakan ciri yang kami tambahkan secara khusus untuk rakan kongsi kami yang menggunakan sistem PayrollPandai bagi menguruskan gaji pelanggan mereka ATAU syarikat-syarikat yang mempunyai banyak entiti yang menguruskan gaji untuk kumpulan syarikat mereka.

Akses adalah atas jemputan, jika anda berminat untuk menggunakan ciri ini sila hubungi kami melalui ruangan sembang, email atau telefon.

Terdapat tiga tahap akses untuk ciri ini. 

MP Admin

MP Admin adalah tahap akses tertinggi dan membolehkan anda untuk:

  • Menambah dan akses ke akaun syarikat

  • Membuat pelarasan dan memproses payroll untuk setiap syarikat

  • Tambah atau padam MP Manager atau MP Client

  • Melantik MP Manager menguruskan syarikat

  • Akses kepada invois

MP Manager

MP Manager biasanya ditugaskan kepada orang yang memproses gaji dan boleh: 

  • Menyedia dan memproses gaji

  • Muat turun ringkasan penggajian dan fail pembayaran

  • Mengubah butiran pekerja

Klien MP

MP Client adalah tahap akses secara pilihan sekiranya anda ingin memberi akses kepada pelanggan anda kepada sistem ini. MP Client boleh:

  • Meluluskan atau menolak gaji yang diproses selepas melihat ringkasan gaji

  • Sila maklum bahawa MP Client tidak dapat menjalankan sebarang proses penggajian

  • Menggunakan pengurusan cuti, melaraskan tetapan pekerja dan syarikat serta memuat turun borang dan laporan


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.20.0

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support